SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Rabu, 3 Ogos 2011

GASTRIK..... DAN PUASA....

Hari ini seorang pelajar datang berjumpa denganku. Pelajar ini mengadu sakit gastrik dan meminta kebenaranku untuk berehat di Bilik Kesihatan. Dia kelihatan pucat dan lesu. Aku sempat bersembang dengan pelajar ini memandangkan jadual mengajarku pada hari Rabu agak lapang berbanding dengan hari-hari lain. Dia memberitahu yang dia telah mengidap gastrik seawal di bangku sekolah rendah dan sering meninggalkan ibadah puasa kerana tidak berdaya.... Aku bersimpati. Doktor telah mengesahkan yang penyakit gastriknya pada tahap yang serius dan dinasihatkan agar tidak memaksa dirinya berpuasa....  Adakala sampai dia terpaksa terlantar di katil hospital untuk beberapa hari....tapi dia tetap mahu berpuasa seperti kawan-kawannya yang lain.... Tiba-tiba hatiku tersentuh..... cekalnya hati pelajarku ini... Sedangkan di luar sana ramai yang berpura-pura sakit hanya kerana tidak tahan berpuasa......
Ketika aku bersiap-siap untuk ke kelas.... Pelajar ini mengajukan beberapa soalan kepadaku.
" Teacher... kalau dalam keadaan saya ni, wajib tak saya membayar fidyah selain daripada menggantikan puasa-puasa saya yang tertinggal?"
Aku terdiam seketika. Sebagai seorang saudara baru, aku bimbang untuk memberikan jawapan. Aku tersenyum dan mengurut belakangnya dengan lembut...
" Nanti teacher tanyakan kepada orang yang lebih arif... dah dapat jawapannya, nanti saya beritahu."
Aku beredar meninggalkan pelajar tersebut setelah menutup kakinya yang sejuk dengan selimut.
Sepanjang perjalanan ke kelas di tingkat 3 bangunan baru.... aku berfikir... pada siapa aku mahu bertanya. Sehingga tamat waktu persekolahan, aku masih tidak sempat mencarikan jawapan bagi soalan pelajar tersebut.
Ketika mengintai-intai blog teman-teman sebelum berbuka tadi, tiba-tiba aku teringat pertanyaan pelajar tersebut. Maka aku klik disini... Alhamdulilah... aku temui jawapannya. 


Apakah wajib bagi seseorang yang mempunyai penyakit gastrik membayar fidyah selain wajib menggantikan puasanya yang tertinggal?

Jawapan.
Mereka yang disahkan oleh doktor mempunyai penyakit gastrik serta tidak mampu meneruskan puasanya, maka dalam keadaan ini seseorang itu di bolehkan berbuka puasa. Bagaimanapun, puasa yang ditinggalkannya itu wajib diganti pada bulan-bulan yang lain tanpa perlu membayar fidyah.
Tetapi sekiranya doktor atau pakar perubatan mengesahkan penyakit gastrik yang dialami boleh membahayakannya atau memudaratkannya, sekiranya dia berpuasa sekalipun di luar bulan Ramadhan maka dia wajib untuk membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkanya. Sebagaimana yang didtetapkan, bilangan fidyah bagi sehari puasa yang ditinggalkan ialah sebanyak secupak beras menyamai 675gram.
Umumnya, pembayaran fidyah tanpa perlu mengqadakan (menggantikan) puasa dikenakan kepada golongan yang mempunyai penyakit yang tiada harapan lagi untuk sembuh serta orang tua yang uzur yang tidak berupaya untuk puasa.
Wallahu A'lam.

5 ulasan:

perjalanan pulang berkata...

salam... semasa dibangku sekolah saya pernah menghadapi masalah yang sama. Di dalam perut saya terdapat 2 tempat luka. Saya tetap berpuasa tetapi sentiasa menjaga makanan yang dimakan waktu sahur dan berbuka. Saya lebih banyak makan benda lembut termasuk juga bubur nasi. Saya tidak makan benda pedas dan banyak berminyak. Alhamdulillah hari ini saya sudah sihat.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Prasetyo : Terima kasih kerana sudi mampir d blog saya. Salam kenal juga dari saya.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Panglima Muda : Terima kerana berkongsi pengalaman. Nanti esok saya sampaikan kepada anak murid saya.... mungkin pengalaman saudara mampu membantunya kerana hari ini dia datang lagi berjumpa saya dgn keadaan yang lebih lesu....

Tanpa Nama berkata...

salam..

kalau dah sakit nak buat mcm mana?

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Sekamar Rindu : Betul tu.... dah sakit kenalah redha.... pasti tersembunyi hikmah di sebaliknya.

LIKE DISINI

Layout