SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Isnin, 15 Ogos 2011

UMI.... ISI DURIAN TU DILETAKKAN PENCELUP KE??????














@@@@@@ Gambar dipinjam dari en google.


Durian pada kebiasaanya mempunyai isi yang berwarna kekuningan tetapi ada sejenis durian yang agak berbeza yang terdapat di beberapa buah daerah di Sabah. Durian ini dikenali sebagai durian merah, juga dikenali sebagai "sukang" dalam kalangan masyarakat Dusun Lotud Tuaran. Isinya yang berwarna merah darah menyebabkan ada sebilangan orang yang takut menjamahnya. Durian merah selamat dimakan!!!!! Isi durian ini tidaklah semanis durian yang biasa kita jumpa tapi ianya tetap menjadi pilihan sebilangan penggemar durian.


Kinabatangan telah menjadi perintis kepada penanaman durian merah secara besar-besaran di Sabah berikutan pembukaan tanah seluas empat hektar di Taman Bandar berhampiran Pekan Kinabatangan untuk penanaman buah durian ini. 

### Pernah membawa durian ini ke Sabak Bernam dan tidak ada sesiapa yang berani menyentuhnya termasuk en suami..... Pelik sangat ke????

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

durian yg paling tak sedap di dunia.. rasa tepung dilenyek dgn air !!!! tak caya try.. hahahaa

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Tanpa Nama : Rase mcm kenei jer sape ngomen tu...

Tanpa Nama berkata...

Sedap tu....

Azs berkata...

Salam..
saya berasal dr Sabah.. utk pengetahuan, durian merah ni lebih sesuai utk buat tempoyak.. kalau nak tau rasanya, cubalah...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Azs : Nda pula pernah dengar org buat tempoyak. Sekarang ni durian merah sedang berbuah di beberapa buah daerah di Sabah... mungkin pertengahan Sept. akan luruh so bolehlah cuba tu buat tempoyak.

ghost berkata...

aku pun budak sabah gak,nih pertama kali tahu ada durian merah.nanti nak balik,nak gak try.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

ghost : Ada bha durian isinya merah d Sabah... Rugi tu kalau nda rasa sebab kalau sa... sedap lagi ni durian merah banding dgn durian biasa...

Solihin Zubir berkata...

nmpk menarik utk di makan.. haha..
tp sygnya, kurg manis la plak..

Muhammad Izuan berkata...

agak menakutkan. kalau kt sini, ada warna merah sikit, org kata, pokok dekat dgn jamban.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Solihin : Kalau berpeluang merasa buah durian merah ni... pasti solihin akan kata " Sedap rupanya"

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Burn : Ye ke begitu.... yuck! gelilah pula. Tapi yang ni atas puncak bukit atau di tengah sawah yg jauh dari rumah orangpun isinya tetap merah darah...

Unknown berkata...

Cara untuk buat tempoyak durian ni mcm mna? Bleh ajar sikit??

LIKE DISINI

Layout