Agaknya kerinduan kepada Negeri Di Bawah Bayu menyebabkan sejak dua tiga hari ni aku banyak mengimbau cerita-cerita lama semasa di bangku sekolah. Tiba-tiba teringat satu destinasi menarik yang terletak di Inanam. Aku pernah ke sini dua kali... Kali pertama pada tahun 1991 bersama rakan-rakan sekelas di Tingkatan 6, Sinsuran Community College dan kali kedua barsama beberapa orang jiran di Kepayan Ridge. Tempat yang menarik untuk berkelah bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Dikelilingi pohon-pohon hijau yang belum terusik mendamaikan fikiran. Airnya juga sejuk dan jernih... pasti seronok berendam....
Memandangkan aku sudah lama tidak ke sini maka aku cuba mendapatkan sedikit maklumat tentang tempat ini.... Manalah tahu ada rezeki anak-anak untuk ke sana hujung tahun ni. Kejernihan dan kesejukan air dengan iringan bunyi cengkerik yang merdu serta keindahan hutan tropika tropika yang mengelilingi kawasan ini menyebabkan Datuk Erik Majimbun iaitu Ahli Parlimen Sepanggar merasakan bahawa kawasan ini boleh dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan yang menarik di Sabah. Hasil kerjasama dengan beberapa buah kampung berdekatan seperti Kampung Bambangan Baru, Kampung Kionsom, Kampung Poring dan Kampung Kobuni, Kawasan Air Terjun Kionsom ini telah dimajukan dan dibuka dengan rasminya pada tahun 2000.
Terima kasih kepada En. Shah kerana gambar-gambarnya yang menarik dan turut memberikan map bagaimana mahu ke kawasan Air Terjun Kionsom memandangkan sudah 19 tahun aku tidak menginjakkan kaki ke kawasan ini.... Tentu telah banyak yang berubah. Tiba-tiba terasa bagaikan tidak sabar untuk ke sana lagi dan pastinya.... anak-anak akan seronok.
Bagi mereka yang berminat mahu mengetahui lebih lanjut berkaitan tempat ini silalah klik disini,
7 ulasan:
wah..cantiknya...xtau pun ada nie..=)
Kad Raya Utk Kamu http://norgadis.blogspot.com/2011/08/kad-raya-2011-untuk-sahabat.html
lama tak menikmati keindahan air terjun, tgk gambar tu, cam lukisan je, mmg tertarik, rasa ingin terus terjun ke situ, wah! segarnya badan...nyaman!
salam...saya singgah, amat sedih jika blog kita sunyi tanpa komen dari kawan kawan
salam aidilfitri
Assalamualaikum Fuzjee,
Memang cantik negeri Sabah ni. Akak rasa tak puas ronda dulu, tp sibuk mengajar. Meh tengok Sg Deredebi pulak.
Telah menumpang baca di sini.
Catat Ulasan