Hari ini aku agak terkejut ketika membuka Yahoo Mailku.... Seseorang menghantar gambar-gambarku semasa kecil. Tanpa aku sedari air mataku mengalir.... gembira. Gambar ini terlalu bermakna kerana itulah kenangan masa kecilku... Gambar itu diambil ketika aku baru berusia dlm lingkungan 2 tahun. Terima kasih kepada makcikku yang masih menyimpan gambar-gambar ini.
SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..
Ahad, 7 Ogos 2011
Jumaat, 5 Ogos 2011
KANTA LEKAP BERNILAI $15,000....

Perhatikan kanta lekap yang dipakai oleh gadis tersebut..... Agak berbeza daripada kanta lekap yang biasa dipakai oleh mereka di luar sana.....
Kanta lekap itu bernilai $15,000. Kenapa mahal sangat???? Kerana kanta lekap itu bukan sebarang kanta lekap...... ianya dihaiasi dengan 18 biji berlian yang berkilauan. Kanta ini telah dicipta oleh Chandrashekhar Chawan dan hanya terdapat 3,996 set di pasaran. Ingin mengetahui lebih lanjut sila klik disini.


Mungkin mereka yang ketagihan fesyen di luar sana akan memburu kanta lekap berlian ini yang dicipta dengan dua pilihan iaitu bersadurkan emas putih atau emas biasa ini... Tapi selamatkah memakai kanta lekap semahal ini???
PANAS SANGAT.... TANPA SEGAN SILU MANDI DI KHALAYAK RAMAI...


Patung ikan duyung yang telah dicipta oleh Oliver Voss menarik perhatian ramai pengunjung yang berkunjung ke Alster Lake , Hamburg. Patung "mermaid" atau ikan duyung ini mempunyai ketinggian lebih kurang 4 meter dan akan dipamerkan di tasik tersebut sehingga 12hb Ogos, 2011 ini.
Mula-mula buka Yahoo mail tadi.... ingatkan ada perempuan nda betul mandi dikhalayak ramai dalam bulan puasa ni.... kut2 x tahan cuaca yang sememangnya panas.... Rupa-rupanya patung gergasi yang dipamerkan untuk menarik perhatian pengunjung..... hihihihi.
Rabu, 3 Ogos 2011
GASTRIK..... DAN PUASA....


Ketika aku bersiap-siap untuk ke kelas.... Pelajar ini mengajukan beberapa soalan kepadaku.
" Teacher... kalau dalam keadaan saya ni, wajib tak saya membayar fidyah selain daripada menggantikan puasa-puasa saya yang tertinggal?"
Aku terdiam seketika. Sebagai seorang saudara baru, aku bimbang untuk memberikan jawapan. Aku tersenyum dan mengurut belakangnya dengan lembut...
" Nanti teacher tanyakan kepada orang yang lebih arif... dah dapat jawapannya, nanti saya beritahu."
Aku beredar meninggalkan pelajar tersebut setelah menutup kakinya yang sejuk dengan selimut.
Sepanjang perjalanan ke kelas di tingkat 3 bangunan baru.... aku berfikir... pada siapa aku mahu bertanya. Sehingga tamat waktu persekolahan, aku masih tidak sempat mencarikan jawapan bagi soalan pelajar tersebut.
Ketika mengintai-intai blog teman-teman sebelum berbuka tadi, tiba-tiba aku teringat pertanyaan pelajar tersebut. Maka aku klik disini... Alhamdulilah... aku temui jawapannya.
Ketika mengintai-intai blog teman-teman sebelum berbuka tadi, tiba-tiba aku teringat pertanyaan pelajar tersebut. Maka aku klik disini... Alhamdulilah... aku temui jawapannya.
Apakah wajib bagi seseorang yang mempunyai penyakit gastrik membayar fidyah selain wajib menggantikan puasanya yang tertinggal?
Jawapan.
Mereka yang disahkan oleh doktor mempunyai penyakit gastrik serta tidak mampu meneruskan puasanya, maka dalam keadaan ini seseorang itu di bolehkan berbuka puasa. Bagaimanapun, puasa yang ditinggalkannya itu wajib diganti pada bulan-bulan yang lain tanpa perlu membayar fidyah.
Tetapi sekiranya doktor atau pakar perubatan mengesahkan penyakit gastrik yang dialami boleh membahayakannya atau memudaratkannya, sekiranya dia berpuasa sekalipun di luar bulan Ramadhan maka dia wajib untuk membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkanya. Sebagaimana yang didtetapkan, bilangan fidyah bagi sehari puasa yang ditinggalkan ialah sebanyak secupak beras menyamai 675gram.
Umumnya, pembayaran fidyah tanpa perlu mengqadakan (menggantikan) puasa dikenakan kepada golongan yang mempunyai penyakit yang tiada harapan lagi untuk sembuh serta orang tua yang uzur yang tidak berupaya untuk puasa.
Wallahu A'lam.
Ahad, 31 Julai 2011
Ya Allah.... dah bersawang rupanya blog aku ni...
Tiba-tiba aku kembali di sini... setelah lama menyepi. Bukan tidak rindu untuk menulis tetapi aku tidak mampu menyediakan ruang untuk aku menulis biarpun banyak yang mahu dicatatkan.
Alhamdulilah... akhirnya pada 23hb. Julai yang lalu segala kerunsingan dan kebimbangan yang bersarang di hati berakhir jua. Aku sudah mampu menarik nafas lega kerana aku tidak perlu lagi berulang dua minggu sekali ke hospital Ipoh untuk rawatan kimoterapi ibu. Bacaan CA 125 ibu sudah di tahap normal iaitu 3.4. Sebagai anak.... tiada kata yang dapat diluahkan hanya air mata kegembiraan yang mengalir deras....
![]() |
Hospital Ipoh yang mengajar aku erti kecekalan.... |
Air mataku mengalir tanpa diundang...... Ya Allah, kupanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana akhirnya memakbulkan doaku. Ibu kembali sihat cuma perlu menjalani rawatan susulan 3 bulan sekali di hospital Teluk Intan.
Ketika doktor memaklumkan kepadaku yang sel-sel kanser ibu berada pada tahap terkawal, aku memeluk ibu seeratnya dan terasa hangat air mata ibu membasahi bahuku. Aku benar-benar lega dan bersyukur. Kecekalan dan kekuatan ibu memberikan aku semangat untuk terus berada di sisinya di saat-saat dia amat memerlukan teman.
Terima kasih ya Allah! Sesungguhnya terlalu besar pemberianMu ini kepada insan sekerdil aku. Semoga ibu akan terus sihat dan kembali ceria seperti dahulu. Semoga ibu sihat dan dapat menjalai ibadah puasa sepanjang bulan mulia ini.
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA RAKAN BLOGER TERUTAMA YANG MENJADI RAKAN KEPADA BLOG "CETUSAN SEIKHLAS RASA". SEMOGA KITA DAPAT MELENGKAPKAN IBADAH PUASA KITA DAN MENDAPAT AKAN KENIKMATAN BULAN YANG DI NANTI-NANTIKAN INI. AMIN....
Langgan:
Catatan (Atom)