SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Ahad, 3 April 2011

JANGAN DUGA AKU LAGI.......

Ketika kaki sudah tegap memijak tanah, hati ini kembali berdebar mendengar perkhabaran yang bisa meluluhkan hati seorang perempuan dan air mata pasti akan tumpah lagi.... dahan tempat aku berpaut selama ini tercalar dan berdarah... bahu siapa lagi dapat kupinjam ketika aku mengharungi detik-detik getir dalam hidupku, tangan siapa lagi yang akan mengusap lembut rambutku ketika sebak bergumpal di dada dan siapa lagi yang akan menyapu air mataku ketika aku menangis tanpa penghujung..... Ya Allah! janganlah mendugaku lagi..... selama ini dialah kekuatanku..... selama ini dialah pelindungku..... dan selama ini dialah tempat aku berkongsi setiap kepedihan dan kegembiraan dalam hidupku. Kalau boleh.... biarlah aku mengambil tempatnya..... biarlah aku lalui kesakitan itu asalkan dia terus ceria..... 
Aku tidak mampu meluahkan dengan kata-kata betapa risaunya menghadapi esok yang bakal tiba... aku bakal menginjakkan kaki ke sebuah lagi hospital untuk rawatan lanjutan suamiku sedangkan ibu masih lagi meneruskan rawatannya..... Semoga aku tidak perlu menangis lagi..... Semoga masih ada kekuatan yang tersisa untuk kuhadapi segala kemungkinan.  Ya Allah! Kasihanilah hambaMU ini.... Aku mohon padaMU..... Jangan lagi ada perkhabaran yang lebih buruk yang perlu aku terima...


Rakan-rakan blog yang sudi singgah ke blog CETUSAN SEIKHLAS RASA ini... doakan suamiku agar dia kembali sihat..........

9 ulasan:

nurHeart berkata...

as-salam,

pohon lah kekuatan daripada Ilahi, kuat utk diri sdiri, kuat utk yg tersayang, smoga tabah.. my doa is always with u & ur loved ones~

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

nurHeart : Terima kasih..... semoga Allah memberi kekuatan kepada kami sekeluarga...

Nana FI berkata...

Assalam akak..insyaAllah..smuga suami akak dikurniakan kshtn yg baik dn cpt smbuh..amin..
La tahzan kak..innallah maana..

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Nana FI : Terima kasih Nana.... semoga doa teman-teman memberikan akak kekuatan....

Fantastic Ajane berkata...

hope you are ok sis.. tetap la tabah dalam apa jua dugaan..doa2 selalu.. semoga suami n mama sis kembali sihat seperti biasa..

eMMe berkata...

kak fuzee, Saya doakan akak n abg dikurniakan kesihatan...same2 kite doa, kesejahteraan akak sekeluarga...me leh rasa kesedihan kak fuzee n abg Mad...walaupun, abg mad, tak citer, tapi bile akak citer camner, hati sape tak sayu, disebalik kegembiraan itu, ade sekelumit rasa duka..moga tabah dlm meniti kehidupan ini....

MOH KEMBARA berkata...

Salam Fuzjee, dari pembacaan akak, InsyaAllah, tidak ada yg membimbangkan sangat. Harap2 Yob Mad ada masalah yg tak berat sangat, namun akak tetap doakan dia selamat dan tak hadapi sesuatu yg kompleks, InsyaAllah, InsyaAllah! Akak doakan Fuzjee dan Yob Mad diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi tika yg mencabar ini.

MOH KEMBARA berkata...

Salam Fuzjee, baru teringat, ada sorang kawan blogger akak kenal, isteri dia penah sakit barah dada. Pastu dia makan ubat ni beberapa bulan. Pastu bila jumpa doktor, doktor terkejut barah tu mengecut. Akak ada jumpa blogger dan isteri dia. Sekarang anak2 dia semua makan ubat tu, yg dibuat dari biji apricot, sebagai prevention. Kalau Fuzjee nak tau lebih lanjut gi ke blog dia www.ikutsukaaku.co.cc Elok cuba, untuk mak Fuzjee dan Yob Mad.

MindaMalay berkata...

Hidup ini jika tiada ujian maka kita tak tahu siapa kita...

LIKE DISINI

Layout