Setelah sekian lama menyepi.... terasa rindu pula untuk menulis. Sebenarnya dua bulan kebelakangan ini kami menempuh pelbagai dugaan tapi alhamdulilah.....Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada kami..... sanak-saudara dan para sahabat juga sentiasa memberi sokongan.....
Mulanya ibu disahkan mengidap Kanser dan terpaksa menjalani pembedahan membuang keseluruhan rahimnya.... Ketika ibu ditolak keluar dari bilik pembedahan.... hanya Allah yang tahu betapa hati anak ini remuk.... tapi segalanya ditelan kerana ibu perlukan kekuatan kami untuk mencantumkan semula serpihan-serpihan kekuatannya yang berserakan.... Menjaga ibu di hospital begitu menguji kekuatan diri memandangkan diri sendiri juga bergantung kepada ubat-ubatan... dan ketika itu pula perlu menanda skrip-skrip jawapan pelajar. Beberapa kali hampir pitam..... mujurlah jururawat di wad 1c amat memahami....
Ketika ibu dibenarkan pulang, ibu masih terlalu lemah tapi ibu sudah menemui kekuatannya yang hilang...... Dugaan Allah tiba lagi, suami yang mungkin keletihan berulang-alik 2 kali sehari dari KK ke Hospital Ipoh muntah-muntah dan kemudiannya pengsan.... Hati isteri ini kerisauan kerana dia lah satu-satunya insan di muka bumi ini yang sentiasa meminjamkan bahunya untukku kerana aku anak tunggal... Ketika di wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar, aku hampir meraung..... air mata berderai tanpa segan silu... "Abang, kuatkanlah semangat abang.... kasihanlah kat ani dan anak-anak...." Hanya itu yang mampu aku bisikkan di telinganya kerana ketika itu seluruh badannya kejang seperti menahan sakit yang amat sangat dan matanya merah menyala.... Kalaulah boleh kukongsi kesakitan itu.... Aku rela! Namun alhamdulilah.... suamiku beransur pulih dan dibenarkan pulang tanpa perlu ditahan di wad..... Doktor tak pasti apa puncanya....

Kembali ke Sabak Bernam.... anak yang bongsu pula sakit... Nanah keluar tiba-tiba dari hidungnya. Kami panik kerana dia memang menghadapi masalah dengan hidungnya. Pakar ENT mengatakan, hidungnya di bahagian dalam tidak mempunyai tisu menyebabkan kapilari darahnya terdedah. Kami membawanya ke klinik namun sakitnya tidak juga beransur kurang.... Selepas itu, kami membawanya ke sebuah lagi klinik..... alhamdulilah, nanah berkurangan.....
Akhir sekali..... aku sendiri sudah tidak mampu bertahan..... ubat-ubat yang kutelan sudah tidak mampu mengurangkan kesakitan yang kutanggung... Aku cuba bertahan tapi aku tidak berdaya.... cuba berubat cara tradisional tapi bagai tidak menjadi.... Suamiku tidak senang duduk... Ibu meminta aku merujuk ke pakar.... sehingga hari ini.... adakala sakit itu datang juga tapi tidaklah seteruk minggu lalu.
Walaubagaimanapun.... aku pelajari banyak perkara sepanjang 2 bulan ini... dan yang pastinya, ikatan kekeluargaan kami semakin erat kerana kami saling memerlukan dalam hidup ini. Aku juga mengerti betapa Allah memberi terlalu banyak kenikmatan sepanjang hidupku.... sedangkan aku adakala terlupa untuk bersyukur. Allah Maha Pengasih..... masih memberi kesempatan kepada kami setelah memberi peringatan.... Teman-teman di luar sana.... hargailah setiap nikmat yang Allah beri sebelum terlambat... Hargai jua insan-insan yang sentiasa menyayangi diri kita dan pastikan mereka tahu yang kita amat menyayangi mereka....