SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Rabu, 21 Mac 2012

MAAF...

Blog CSR semakin bersawang.... tidak dikunjungi tuan rumahnya. 
Dah jadi macam rumah berhantu plk...

Kepada sahabat-sahabat blogger yang menyertai CSR.. terima kasih!
Ada yang tidak meninggalkan jejak menyebabkan
 CSR sukar memfollow kembali.
Maafkan CSR... bukan sombong tp CSR tidak dpt menjejaki kalian...


Isnin, 20 Februari 2012

BUAH BELUNU.... BUAH BINJAILAH.... MANA-MANALAH....



Antara buah yang terkenal di Sabah. Dikenali sebagai buah Belunu atau Bundu dalam kalangan masyarakat Dusun. Adakala buah ini rasanya manis tapi adakala juga masam-masam manis. Selama bermastautin di semenanjung hampir 20 tahun, tidak lagi dapat merasakan keenakan buah belunu. Setiap kali pulang ke sana, bukan pada musim buah ini... Bukan rezeki agaknya. 


Ketika mula2 duduk kat Sabak Bernam... terjumpa seorang makcik yang menjual buah ni. Alangkah gembiranya hati... maka aku membeli kesemuanya, lebih kurang dalam 12 biji. Sesampai di rumah, tanpa bertangguh... kukupas kulit sebiji daripadanya. Bila makan.... Alahai!!!! masamnya... sangat-sangat masam. Risik punya risik... kawan mengatakan di Sabak Bernam buah tu dibuat sambal belacan... Patutlah masam.... Sudahnya, yang selebih tu masuklah ke dalam tong sampah. Tak larat rasanya nak makan......

Hujung minggu ini.... aku dan ibu akan pulang ke Sabah untuk beberapa hari.... Dan musim buah Belunu baru sahaja berakhir.... Tak ada rezeki lagi nampaknya. Nasib bukan mengidam... kalau tidak, naya je baby yg bakal lahir.... hihihihihihihihihihihihihi.....

Sabtu, 18 Februari 2012

DEWI SUKMA ( Part 2 )

" Sofea sedar...... sofea bersalah kerana mencintai abang sedangkan Sofea tahu, Sofea tidak layak menghuni hati abang. Sofea takut berterus-terang sebelum ini kerana bimbang abang tidak boleh menerima Sofea. Sofea tidak berniat melukakan hati sesiapa. Sofea sayangkan keluarga abang. Sofea temui ketenangan selama Sofea menumpang kasih di sini. Sekiranya abang tidak mencintai Sofea.... Sofea tidak pernah memaksa. Sofea faham... Sofea redha, mungkin itulah takdir Sofea". Seakan terdengar-dengar suara Sofea yang disulami tangisan, mengusik perasaan Azfar ketika itu. Dia mencintai Sofea tetapi egonya bagaikan gunung tingginya. 

Dalam diam Azfar sebenarnya sangat mencintai Sofea. Sofea menjaga Akmal bagaikan anaknya sendiri. Azfar ada terniat menyunting Sofea sebagai suri hatinya biarpun dia tidak meyakini kemampuan Sofea menjadi pengasuh ketika pertama kali dia datang setelah Azfar mengiklankannya tapi ibu Azfar memilih Sofea atas alasan terserlah sifat keibuan pada wajahnya. Azfar sering memerhatikan Sofea dari jauh dan sedekit demi sedikit perasaan sayang menghampiri hatinya. Kelembutan Sofea sangat menawan. Sejak kehadiran Sofea, semua urusan rumah dan Akmal dijaganya dengan baik. Ibu Azfar yang tinggal bersama Azfar juga gembira dan selesa dengan kehadiran Sofea.

Azfar mula merisik latar belakang Sofea tetapi Sofea seakan merahsiakan siapa keluarganya. Sejak Sofea bekerja dengannya, Sofea tidak pernah memohon cuti untuk menjenguk keluarganya. Azfar tertanya-tanya... syak wasangka mula merangkak mengganggu hatinya. Sehinggalah minggu lepas ketika rumahnya dikunjungi Datuk Salleh, pemilik sebuah syarikat perkapalan yang terkenal. Rupanya Dayang Sofea binti Salleh adalah anaknya. Sofea menghilangkan diri setelah dipaksa bertunang dengan seorang jejaka pilihan keluarga. Azfar terpukul... Azfar kecewa.... Azfar rasa dirinya tertipu.

Azfar berjanji kepada Datuk Salleh untuk menghantar Sofea pulang ke rumah setelah selesai urusan mencari penggantinya. Datuk Salleh agak keberatan tetapi terpaksa akur kerana Sofea menguncikan diri tidak mahu keluar dari biliknya. Setelah Datuk Salleh pulang, Azfar memanggil Sofea dan ketika inilah Sofea berterus-terang. Azfar terluka kerana Sofea menipu mereka.... Azfar tidak mampu menerima alasan Sofea dan.... Azfar rasa dirinya terlalu kerdil mencintai Sofea, siapa yang tidak tahu kekayaan Datuk Salleh yang memiliki aset berbillion ringgit. Walaupun Sofea merayu tapi Azfar tegas dengan keputusannya. Sofea harus keluar dari rumahnya. Akmal merayu.... ibu Azfar juga merayu.... tapi hati Azfar sekeras batu.

Jumaat, 17 Februari 2012

DEWI SUKMA....

Tatkala mata terpejam... kelam.
Kau hadir di tirai mlm yg mengasyikkan
obor cintamu
mengusir pilu silam 
aku menggenggam harap dan harapan
mestikah aku mendustai diri ini
kau sudah bertakhta di hati dan bersemadi
kutitip rindu di malam yg shyadu..
dengarkah engkau dewi sukma ku...
Di tirai malam..
aku yg merinduimu
kau persendakan
persiakan harapan suciku ini
tinggi sungguh angan dan impian
memetik bunga di taman larangan
Kulupa dewi sukmaku
nun jauh di singasana 
tinggalah cuma bayangan
tak tergapai oleh tangan
tuk memetik mu sayang
kupersembahkan pada malam......

Azfar memecut keretanya sederas mampu, membelah kesunyian malam.... dia harus tiba ke sana secepat mungkin. Khabar yang dibawa oleh Hafiz petang tadi seakan membunuh egonya. Dia tidak mampu menahan air matanya daripada jatuh berguguran. Alunan suara lunak Mamat mengalunkan lagu Dewi Sukma terasa menusuk jiwa kelalakiannya... Hilang sudah keyakinannya. Hanyut sudah keangkuhannya.... yang tinggal kini hanya sekeping hati yang merintih pilu... Hati yang sangat merindui seseorang... Rindu yang tidak mampu digambarkan dengan baitan bicara. 


Sudah seminggu Azfar cuba menghubungi insan yang dirinduinya itu tapi talian dihujung sana sepi tanpa jawapan. Berpuluh sudah sms dikirimkan namun tidak satupun berbalas. "Bencikah dia padaku? Terlambatkah sudah aku?" Kebimbangan Azfar tidak dapat di bendung. Dia sudah tidak mampu menahan perasaan rindunya... air mata seorang lelaki mengalir lesu membasahi pipinya. Kini barulah dia menyedari.... Dia terlalu menyintai insan itu dan tidak mampu menerima kehilangannya. Ada seribu penyesalan yang bergumpal. Tika itu hilang sudah keyakinannya terhadap keputusan yang dibuatnya sendiri minggu lepas. Dia sudah tidak peduli dengan kekeliruannya yang sudah-sudah. Dia nekad... apapun terjadi, dia mahu cintanya kembali. 


Memasuki sempadan Perak, Azfar memperlahankan keretanya. Sudah 6 jam dia memandu. Dia mencapai telefon bimbitnya dan cuba menghubungi si dia tetapi talian senyap tanpa deringan. Aduh! telefonnya ditutup. Dia menjeling jam di dashboard, sudah jam 6.30 pagi. Dia mengambil keputusan untuk bersolat dahulu, menenangkan hatinya yang semakin tercalar dengan keresahan biarpun hatinya meronta maha cepat tiba ke destinasinya. Selepas bersolat.... Dia memanjatkan doa agar insan itu, Sofea memaafkannya dan mahu menjadi suri hatinya... menjadi ibu kepada anak-anaknya. Dia akui kini.... hatinya milik Sofea..






( Bersambung )


Jumaat, 20 Januari 2012

DIA PEKENAKAN KAMI LAGI.....



Setelah beberapa hari cuaca mendung dan adakala hujan turun dengan lebatnya... hari ini cuaca begitu terang. Matahari memancar garang dan bahangnya terasa mengigit kulit. 


"Umi... cepatlah hidupkan engin" Lyana mengerutkan dahinya. Berpeluh-peluh menahan panas.

Pendingin hawa yang dipasang seakan tidak terasa tapi harus bergegas pulang kerana jam sudah menunjukkan pukul 2.00pm. Zaky harus ke sekolah agama jam 2.30 nanti... makan, mandi, solat... tak sempat dia berehat hari ini memandangkan aku meeting sehingga jam 1.55pm. Biarpun panas membahang tapi zaky tetap tersenyum ceria, tidak seperti kakaknya yang duduk tidak selesa bagai ulat dipanggang.

Bila keretaku mula bergerak, zaky yang duduk di belakang menjeling dan mencuit kakaknya tapi si kakak buat muka 14... mood tak baik agaknya. Aku memandang zaky menerusi cermin pandang belakang sambil tersenyum.

" Kenapa Aky?" Aku bertanya.

"Umi... Aky ada satu teka-teki... Umi jawablah". Aku menganggukkan kepala. Sah! anak bongsuku ini dah terkena badi sikap ayahnya yang suka beri teka-teki. 

"Kalau Umi jawab dengan betul, nanti Aky tolong Umi cuci keta".

"Yelah". Jawabku pendek dan ringkas. 

"Kalau helikopter tu dibuang sayapnya jadi binatang apa?" Kakaknya seperti tertarik untuk mendengar perbualan kami. Agaknya dah sejuk bila dihalanya pendingin hawa tepat ke mukanya.

"Jadi berudu". Jawabku ringkas dengan penuh keyakinan.

"Salah... Ada pula berudu. Ntah pa pe Umi ni". Zaky tersenyum dan mengajukan teka-teki tu pada kakaknya. Bermacam-macam jawapan yang keluar dari mulut kakaknya tapi x satupun yg betul. 

"Malaslah... Ntah2 Aky pun x tahu jawapannya.. Kalau mcm tu apa pula jawapannya?" Si kakak mula bengang. Zaky tersenyum bangga.

"Ala Kak Yung... soalan senang mcm tu pun x leh jwb....Ikanlah". Jawabnya dengan yakin. Aku pelik mcm mana pula jawapannya ikan...

"Merepek... kenapa pula ikan jawapannya? Aky ni x pernah nampak ikan kot... tu lah... asyik mkn ayam goreng jer sampai ikanpun x tahu mcm mana bentuknya" Si kakak tidak berpuas hati dgn jawapan tersebut.

"Suka hati Aky lah.... itukan teka-teki, Aky jadi cuma jawapan Aky jer yang betul...". Si adik ketawa keseronokan.

Si Kakak menarik muka masam. Si adik pula tersenyum puas dapat mengenakan kakaknya.




LIKE DISINI

Layout