Setelah lama menyepi dari dunia blog... Hari ini aku disapa seorang teman blogger di FBku. Ternyata sudah hampir setahun aku tidak menulis sejak ibu sakit tahun lalu. Alhamdulilah.... kini ibu sudah sihat dan aku sudah mampu tersenyum kembali. Tiba-tiba hati melonjak-lonjak mahu menulis semula. Terima kasih kepada adikku emme ......kerana dia, aku teringin menjenguk kembali blog yang sudah lama sunyi tanpa tuan rumahnya ini.
Kali ini aku berkongsi cerita tentang salah seorang anak muridku.... dan antara yang paling rapat denganku. Dia seorang pelajar yang baik.... tidak pernah menolak sekiranya aku meminta pertolongannya. Dan.... aku juga tahu dia seorang anak yang baik. Dia sepertiku.... diduga dengan dugaan yang begitu besar cuma bezanya.... Dia diduga ketika usia masih terlalu muda. Ibunya menghidapi kanser saraf....
Adakala dia tidak hadir ke sekolah dan aku sebagai guru kelasnya tidak pernah bertanya kerana aku tahu.... dia pasti menjaga ibunya. Pun begitu... dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya. Dalam lembut wajahnya aku tahu tersembunyi perasaan yang sukar dimengertikan oleh mereka di luar sana. Terserlah kematangan diusia yang masih terlalu muda... Dalam diam, aku bersimpati dengannya kerana aku tahu celarunya perasaan yang ditanggung.
Satu petang baru-baru ini, telefon bimbitku bergetar. Ada mesej masuk.... Aku sedang memandu ke Kelas Fardu Ain ketika itu ( Kelas yang disediakan oleh pihak PAID khas untuk saudara-saudara baru sepertiku mendalami Islam... ). Sebaik sahaja aku sampai ke destinasi... Aku mencapai telefon bimbitku. Sebaris ayat yang menyentap naluriku... "Teacher, mak saya sedang nazak". Tiba-tiba kelopak mataku terasa panas dan ada air mata yang bergenang. Aku memandang ibuku yang duduk di sebelahku. Aku sudah tidak mampu menahan air mataku daripada gugur. Aku seakan dapat merasakan kepedihannya.
Dengan terketar-ketar... aku memicit button telefon bimbitku memintanya supaya bersabar. Aku ingin terus menghubunginya tapi aku takut aku tidak mampu menahan perasaan dan nanti dia akan lebih terasa kesedihannya. Aku berada di dalam kelas tapi hatiku tidak tenteram. Sesekali aku menjeling telefon bimbitku. Ketika ustaz memberi penerangan tentang ilmu Kalam... telefon bimbitku bergetar. Cepat-cepat aku mencapainya. Membuka mesej yang sampai. "Teacher, saya dah x ada mak". Aku terus keluar. Air mataku mengalir deras. Aku menghubunginya tapi tidak disambut. Aku menghantar mesej. Aku pasti dia keseorangan ketika ini. Aku tahu dia perlukan seseorang ketika ini. Aku tahu dia mencari tempat untuk berkongsi kesedihan dan menangis bersamanya.
Aku cuba menghubunginya sekali lagi. Di hujung talian hanya kedengaran esak tangis yang merobek perasaan keibuanku. Aku memujuknya agar meredhakan segalanya. Aku tahu dia kesedihan. Aku tahu dia kepedihan. Aku tahu dia kesakitan. Aku juga tahu pasti ada kerinduan di hatinya. Ya Allah! Berilah dia kekuatan agar dapat menempuh segala dugaan ini dengan tenang. Semoga Allah menempatkan ibunya dalam kalangan yang diampuni. Amin.
12 ulasan:
selamat kembali ke dunia blog... ate, ngape citer sedih je..?
asj : Terima kasih pada adik emme.. kerana dia CSR kembali semula. Sedih le yoep... ate x reti nok nulis kisoh lain. X tangkap feeling. Wakakakaka...
al-fatihah buat ibu ank murid tu.. ni kisah betul ke? hehe.. ;)
deen azmee : Ya... ini cerita benar yg baru berlaku beberapa minggu lepas...
assalamualaikum....
salam kenal...menitis air mata saya membaca n3 ini....
azlina : Wa'alaikumsalam. Salam perkenalan dismbut dengan besar hati. Jua terima kasih kerana sudi membaca n3 di blog CSR.
sedihnya..... :(
sy sgt suka gaya penulisah CSR, i think u should write a book..
Aemy Shamy... Tq.
Assalamualaikum CSR..
Salam kenal...
Memang sedih baca ntry ni....Semoga anak didik CSR tabah hadapi segalanya...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul bebanan...
Al-Fatihah utk arwah..
Sedih bila membacanya :(
Semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman..
dan anak murid CSR tabah mnghadapi hari-hari yang akan datang :')
cikAna n MulutPayau : Begitulah hendaknya. Berat mata memandang... berat lagi bahu memikul. Semoga dia tabah menghadapinya... tambahan pula tahun hadapan dia bakal menduduki peperiksaan SPMnya. Semoga doa kita akan membekalkan kekuatan padanya
salam...
tanpa ibu siapalah kita..
Catat Ulasan