Setelah sekian lama menyepi dari arena berblog ini, kali ini aku datang kembali..... Setakat berkongsi sedikit kegembiraan. Esok aku dan keluarga bersama ibu akan pulang bercuti ke Sabah. Mengimbau segala kenangan yang telah ditinggalkan di sana, hatiku tiba-tiba jadi sayu dan hiba. Ketibaan kami nanti tidak disambut siapa-siapa kerana kami sudah kehilangan Ama... kehilangan Ina dan juga kehilangan ayah..... Menjenguk rumah di kampung yang sudah lama ditinggalkan.... entah bagaimanalah agaknya keadaan rumah itu? Pasti terimbau kenangan pahit dan manis yang pernah kami sekeluarga lalui di sana..... rumah di atas tanah pusaka yang cuba dipertahankan dari kejauhan sini....
Adakala aku jadi keliru sendiri, sebenarnya tanah pusaka itu dalam proses untuk dijual kerana tiada siapa yang mengusahakannya mahupun menjaganya memandangkan keluarga kecilku sudah menetap di Sabak Bernam.... tapi tiba-tiba aku bertanya pada diriku, adakah menjual tanah pusaka itu satu langkah yang terbaik sedangkan aku tidak pernah berusaha untuk mengusahakannya.
Maka..... dengan sedikit keberanian, aku cuba mempertahankan tanah itu dan sedang mencari jalan untuk mengusahakannya. Aku tahu.... ibu juga keberatan menjualnya memandangkan kami membesar di tanah pusaka itu... di tanah pusaka itulah terhimpun kenangan bersama arwah Ama, arwah Ina dan arwah ayah yang tidak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit. Mungkin keputusanku ini bakal mengundang masalah pada diriku tapi biarlah aku mencuba.... Biar ibu tahu, aku juga sayangkan tanah pusaka tersebut. Ya Allah! kupohonkan kekuatan dan petunjuk daripadaMU agar aku tidak kecundang dalam memenuhi impian Ibu.....
4 ulasan:
Assalam, Kak Ani pe kabar Kak Ani dan keluarga? harap semuanye baik2 saja...sis dah sampai kampung halaman ke? Me tak tau sgt pasal tanah pusaka...me rasa kak ani, patot pertahankan..coz, tu je la harta yg ada peninggalan org tua kita, bile mereka tiada nnt....Kak Ani, kalo kite di pihak yg benar, kite patot terima ape yg sepatonye kite dapat....gud luck sis!
Tanah pusaka boleh menjadi asas menyatukan hubungan kekeluargaan
eMMe : Alhamdulilah.... akak dan keluarga sihat. Akak doakan eMMe juga sihat selalu. Betul kata eMMe... tanah pusaka itu harus dipertahankan kerana itulah saja peninggalan mereka yg telah pergi untuk dijadikan kenangan...
MindaMalay : Ye... tanah pusaka itu menyatukan keluarga yang duduk berjauhan...
Catat Ulasan