Setelah sekian lama menyepi daripada dunia blog.... hari ini terpanggil untuk menjenguk lebih lama di blog ini. Sekadar catatan ringkas sebaga permulaan kepada sesuatu yang telah lama bermula.
Alhamdulilah... Setelah tiga kali ibu menjalani rawatan kimoterapi akhirnya bacaan CA 152 ibu turun ke tahap normal iaitu 6.8... Satu perkhabaran yang sangat-sangat mengembirakan. Ibu nampak ceria dan hati seorang anak berbunga kembali.
Suami dan anak-anak banyak membantuku, memberikan aku kekuatan sepanjang rawatan ibu.... Terima kasih kepada mereka. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sentiasa bertanyakan khabar ibu dan turut memberikan kekuatan kepadaku dalam mengharungi hari-hari yang teramat memedihkan. Semoga Allah memberi yang terbaik kepada kalian semua.
7 ulasan:
salam.
moga sihat walafiat.
Cikgu Den : Terima kasih....
semoga sihat sejahtera selalu. amin
Salam fuzjee, Alhamdulillah, alhamdulillah...gembira akak dengornyer!
semoga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian yang mendatang. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah dari sifat kasih sayang-Nya...
Sasa : Terima kasih atas kunjungan. Terima kasih atas doa itu. Semoga ibu akan terus ceria...
MOH KEMBARA : Alhamdulilah.... doalan ibu terus ceria dan sihat pada usia senjanya.
Catat Ulasan