SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Selasa, 7 Disember 2010

AKU DIKEJAR BAYANG HITAM.....

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga tahun 1432 Hijrah membawa kita selangkah lagi kehadapan ke arah kesempurnaan.....









Sempena sambutan Maal Hijrah ini...... tiba-tiba aku teringat dan tersedar betapa aku merupakan antara insan yang amat bertuah di muka bumi ini kerana Allah telah memberikan aku hidayah..... mengenali dan seterusnya mencintai Islam....... jauh lebih bertuah berbanding ramai lagi mereka di luar sana....




Walaupun kisahnya sudah berbelas tahun berlalu.....tapi rasa syukur itu masih menebal dalam diri. Mengimbau detik itu... air mata syukur akan jatuh membasahi bumi. Aku dilahirkan dalam keluarga yang kecil, atuk anak tunggal.... ibu anak tunggal dan ditakdirkan aku juga anak tunggal.... Aku tinggal bersama atuk dan nenek setela Ibu dan Daddy berpisah.... kerana Ibu harus berkerja untuk membesarkan aku.....

Ketika seorang Ustaz dihantar mengajar di sekolahku di SRK Bundung, Tuaran.... aku antara pelajar yang paling membencinya.... Ustaz Abdullah Pardi merupakan seorang pendidik yang sangat sabar dan amanah pada tanggunjawabnya kerana dia tidak pernah membenciku walaupun aku amat biadap padanya.... Satu ketika dia pernah berbisik padaku yang dia akan pastikan aku akan mencintai agamanya.... dan aku dengan kebiadapanku, mentertawakannya dengan penuh sindiran....

Allah Maha Pengasih... Suatu petang.... ketika aku berjalan pulang dari rumah teman di rembang senja... tiba2 aku diburu ketakutan, bagai ada sesuatu yang mengekoriku di balik pepohon getah.... biasanya perjalanan hanya mengambil masa dalam 20 minit sahaja tapi petang tu.... aku merasakan rumah atuk tidak juga kelihatan walaupun aku sudah keletihan berjalan.... Bayang hitam di balik pepohon getah semakin menghampiri dan semakin laju... sesekali aku terdengar ranting-ranting getah patah bagai dipijak sesuatu.....

Mentari sudah tidak kelihatan.... hanya tinggal kaki langit yang berwarna jingga... Ketakutanku semakin menggila. Aku mahu menjerit tapi siapa yang akan mendengar jeritanku di tengah-tengah kebun getah di waktu-waktu begitu.... Aku teringatkan pesanan Ina sebelum aku pergi tengahari tadi... 
" Uda kobuai ogi.... kumoruhai" ( Jangan lama ye... pergi kejap je ). Leka bersembang... aku jadi lupa akan pesanan Ina... 

Tiba2 aku terdengar hembusan nafas yang kasar... seakan-akan di belakangku.... aku menoleh sepantas kilat tapi tiada siapapun di belakangku.... hanya pohon-pohon getah yang kaku... Aku berlari sekuat hatiku.... Nasib aku agak malang bila kakiku tersadung akar getah... Bedebuk! Aku tergolek... Aku meraba lututku dan aku merasakan ada cecair membasahi tapak tanganku.... keadaan yang semakin gelap menyebabkan aku tidak pasti adakah itu darah atau air lopak... Aku menciumnya... Hanyir! Tahulah aku.... rupanya lututku berdarah... patutlah aku terasa amat perit. Aku cuba bangun tapi terlalu sakit! Aku dengar ranting-ranting kayu tidak jauh dariku bagai dipijak sesuatu.... nafas kasar semakin jelas diselang-seli dengan bunyi mengilai yang memanjang... Aku menangis ketakutan.... Aku kesorangan di tengah-tengah kebun getah...

Ketika itulah aku terdengar alunan Azan yang mendayu-dayu.... semakin lama semakin jelas. Aku tidak pasti dari mana datangnya bunyi azan tersebut kerana setahu aku.... hanya ada sebuah masjid di seberang sungai nun jauh di balik bukit.... mustahil suara orang Azan boleh kedengaran dan selama ini.... aku tidak pernah mendengarnya... Bunyi2 menakutkan yang kudengar tadi hilang tiba2... Dadaku lapang selapang-lapangnya.... Ketakutanku lenyap serta merta.... Kesakitanku juga tiba2 berkurangan... Aku bangun perlahan-lahan dan meneruskan perjalananku.... Rupa-rupanya aku sudah hampir dengan rumah atuk.... Aku mejerit memanggil Ina... Ketika Ina dan Ama tiba... suara Azan itu serta-merta hilang di bawa angin... Aku deman selama 2 minggu. 

Selepas itulah aku menyuarakan hasratku memeluk Islam kepada Ustaz Abdullah Pardi.... dia tersenyum dan mengalirkan airmata kesyukuran...

p/S.... semua gambar diambil dari web google. Kisah ini benar-benar berlaku pada penulis 22 tahun lalu.....


Selasa, 30 November 2010

MISTERI KEMATIAN DUA BERADIK : MENINGGAL DUNIA SAMA SEHARI


KASIHMU... JIWAKU


Pak Tengah duduk termenung di serambi rumah.... merenung jauh tanpa memperdulikan jiran-jiran yang lalu-lalang. Sesekali dia mengesat air matanya yang berlinangan. Ibu.. wanita tua tempatnya bergantung selama ini akhirnya pergi dan tak akan kembali lagi. Wanita tua yang sering memujuknya supaya mandi.... Wanita tua yang menyediakan gulai nangka kegemarannya.... Wanita tua yang sering membelai rambutnya... Kini, wanita tua itu terbujur kaku di tengah rumah... Pak Tengah sedih.... Pak Tengah hiba.... Pak Tengah rasa kehilangan. Tetamu mungkin tidak tahu kesedihannya. Jiran-jiran mungkin tidak tahu betapa hiba hatinya... Adik-beradik juga mungkin tidak tahu betapa dia rasa kehilangan. Mereka hanya melihat Pak Tengah dengan pandangan kosong kerana Pak Tengah terencat akal sejak dari kecil lagi. Jauh di lubuk hati Pak Tengah.... masih tersimpan perasaan.

Selepas pemergian Ibu, Pak Tengah asyik termenung... sesekali air matanya akan berlinang. Petang itu, selepas jenazah Ibu disemadikan...Mak Usu memerhati Pak Tengah yang sedang termenung. Dari semalam Pak Tengah tidak menjamah walau sesuap nasi. Mak Usu mendekatinya... Air mata Pak Tengah deras mengalir membasahi pipi kerepotnya. Tersentuh hati Mak Usu... dirangkulnya tubuh kurus melidi Pak Tengah dan dalam esak tangis, Mak Usu memujuk abangnya. Hati seorang adik tersentuh.... Hati adik-beradik yang lain turut tersentuh. Masing-masing mengalirkan air mata.... Mereka baru menyedari yang Pak Tengah bersedih..... Pak tengah hiba.... Pak Tengah rasa kehilangan. Malam itu mereka bermesyuarat.... siapa bakal menjaga Pak Tengah. Adik-beradik Pak Tengah memang baik.... masing-masing bersedia menjaganya tapi Pak Tengah memilih untuk tinggal bersama Mak Usu iaitu adik mereka yang bongsu sekali.

Mak Usu tidak bersuami... Mak Usu juga tidak mempunyai anak...  Selama ini Mak Usu yang berkerja sebagai seorang guru tinggal seorang diri. Keputusan Pak Tengah untuk tinggal bersamanya diterima dengan gembira sekali. Dia tidak akan keseorangan lagi. Dia tidak kesunyian lagi seperti hari-hari kelmarin yang berlalu. Kebetulan pula, dia memang rapat dengan Pak Tengah sejak dari kecil berbanding adik-beradik yang lain. Dia berjanji akan menjaga Pak Tengah sebagaimana Ibu menjaganya dahulu. Seperti yang dijanjikan, Mak Usu menjaga Pak Tengah dengan penuh kasih sayang. Dia tidak pernah mengabaikan Pak Tengah walaupun adakala Mak Usu sibuk dengan kerja-kerja sekolah. Makan dan pakai Pak Tengah dijaganya sebaik mungkin. Sekiranya Pak Tengah berdegil tidak mahu mandi.... Mak Usu akan memujuknya dengan lembut. Jika Pak Tengah enggan menjamah makanan, Mak Usu memujuknya dengan menyuapkan nasi ke mulut Pak Tengah.   

Disangka panas hingga ke petang, rupnya hujan di tengah hari.... Mak Usu diserang penyakit lelah. Dari sehari ke sehari penyakit lelah Mak Usu semakin teruk. Pun begitu... Mak Usu tetap juga menjaga Pak Tengah tanpa sedikitpun mengeluh. Sakit Mak Usu semakin teruk.... Mak Usu terpaksa bersara awal. Setelah sekian lama menghidapi lelah, tiba-tiba Mak Usu tidak boleh berjalan dan doktor mengesahkan Mak Usu lumpuh. Sejak itu Mak Usu terpaksa berkerusi roda. Dalam keadaan sakit begitupun, Mak Usu tetap menjaga abangnya dengan penuh kasih sayang. Mak Usu tidak pernah marah, apatah lagi menengking Pak Tengah walaupun adakalanya Pak Tengah meragam. Mak Usu benar-benar sayangkan abangnya.... Adik-beradik lain ingin menjaga Pak Tengah tapi Pak Tengah berkeras mahu tinggal bersama Mak Usu.

Tidak berapa lama selepas itu, Allah telah menjemput Mak Usu. Pak Tengah sekadar mendiamkan diri ketika adik-beradik dan jiran-jiran menguruskan jenazah Mak Usu. Walau bagaimanapun, mereka sedar... Pak Tengah berkeadaan murung selepas mengetahui Mak Usu meninggal. Ketika orang membaca Quran di sisi jenazah, Pak Tengah duduk di serambi tetapi sentiasa memandang ke arah jenazah. Dia juga memerhatikan dari jauh ketika jenazah Mak Usu dimandikan dan dikafankan. Dari raut wajahnya.... Pak Tengah sangat sedih.... Pak Tengah sangat hiba.... Pak Tengah merasa sangat kehilangan. Dia tidak berkata walau sepatah.... Dia tidak makan walau sebutir nasi.... Dia hanya memandang dari jauh dengan linangan air mata yang seakan tidak mahu berhenti.... Hati adik-beradik yang lain begitu tersentuh.... Hati jiran-jiran juga begitu... Berlinang air mata mereka melihat perlakuan Pak Tengah.

Ketika jenazah Mak Usu dimasukkan kedalam usungan, tiba-tiba Pak Usu bingkas bangun dar berlari menuruni anak tangga di serambi rumah. Pak Tengah menjerit-jerit memberitahu mahu ikut sama ke kubur.
"Usu.... abang nak ikut. Jangan tinggalkan abang Usu.... Abang nak ikut Usu.. Abang nak ikut Usu.... " Berkali-kali dia ungkapkan mahu ikut sama dikebumikan bersama adiknya yang memeliharanya sekian lama. Adik-beradik yang lain cuba memujuknya tapi rontaan Pak Tengah semakin kuat.... jeritan Pak Usu juga semakin lantang.. " Usu.... jangan tinggalkan abang.... Usu tak kasihan kat abang ke?? Nak ikut Usu... Nak ikut Usu..." Pak Tengah merayu.... Bimbang akan keadaan Pak Tengah, adiknya Talib memeluknya erat-erat.... Talib memujuk Pak Tengah.... Air mata Talib tidak tertahan lagi. Hatinya benar-benar hiba... Beberapa orang jiran juga mengalirkan air mata...



Mungkin kerana terlalu hiba hatinya, Pak Tengah rebah tidak sedarkan diri dalam pelukan adiknya, Talib. Suasana jagi kelam kabut.... Talib menangis dan menjerit meminta bantuan. Dalam masa mereka cuba memulihkan keadaannya inilah Pak Tengah menghembuskan nafas sebelum jenazah Mak Usu sampai ke tanah perkuburan. Talib menangis di sisi abangnya.... Bila mendengar berita ini, adik-beradik Pak Tengah di tanah perkuburan bertangis-tangisan.... mereka kehilangan dua insan yang mereka kasihi... jiran-jiran turut bersedih. Kasih dan sayang Pak Tengah pada Mak Usu terlalu dalam.... Sejak kecil dia memang rapat dengan Mak Usu dan dia juga mudah menerima teguran Mak Usu berbanding adik-beradik yang lain. Walaupun Pak Tengah dilahirkan terencat akal.... tapi hati dan perasaannya juga seperti insan yang normal...

p/s Cerita ini saya jadikan cerpen bersandarkan cerita benar yang ditulis oleh Idham Khalil. INTISARI, PP.58/6/2000. Sedikit tokok-tambah untuk menjadikan jalan ceritanya lebih berkesan.  
Gambar dalam cerita ini ikhsan dari web google...                           

Isnin, 29 November 2010

LAGI TAG DARI GAMATRIA... ADUSSSSS

Tag lagi dari GamatriA...
mo pengsan juga melunaskan tag dia ni...
Instruction: fill out these questions and make a new note called ABC about you, then tag 25 people, if you got tag by me...
you have to take survey and repost it..!!!


A. AVAILABLE = Suda tua ni...

B. BIRTHDAY = 5th August

C. CRUSHING ON = Kerja yg nda pernah abis...

D. DRINK YOU HAD LAST = Teh Lipton panas

E. EASIEST PERSON TO TALK = My hubby

F. FAVOURITE SONG AT THE MOMENT = Song by Maher Zain

H. HOMETOWN = Kg. Lakut, Papar, Sabah

I. IN LOVE WITH = Abdul Samad bin Jaafar

J. JUNGGLE = Tempat yg boleh mybbkan orang sesat.. 
nda jumpa jalan pulang

K. KILLED SOMEONE = Yes... many time... ha.ha.ha

L. LONGGEST CAR RIDE = From PJ to Sabak Bernam

M. MILKSHAKE FLAVOUR = Chocolate

N. NUMBER OF SIBLING = Only me bah... no sibling

O. ONE WISH =  Dapat lampu aladdin...

P. PERSON YOU CALLED LAST = My daughter

Q. QUESTION = Macam mana mo kurus dgn senang aaaa...

R. REASON TO SMILE = To say hello, happy... banyaklah..

S. SONG YOU LAST HEARD = Gemuruh by Faizal Tahir

T. TIME YOU WAKE UP = 5.30am

U. UNDERWEAR COLOUR = Soalan nda wajib jawab ni..

W. WORST HABIT = Gigit urang...

Y. YOYOS ARE = My weight.... ha.ha.ha.

Z. ZODIAC SIGN = Leo

Bah.... siap.. siapa lagi sia mo tag ni... jeng... jeng.... jeng....

Yang selainnya saya tag melalui shoutbox... 
 Lagi 22 urang tu... Banyak bah... pening sudah sia ni...
Thanks uncle google


FRIENDSHIP AWARD...


Tu dia.... dapat lagi satu award! Fuh!...bunyi tu macamlah dah banyak award yang dapat... hi.hi.hi. Award ni diberi oleh seorang sahabat di alam maya.. Encik Sasa Al-Sharif. Semoga persahabatan terjalin berpanjangan biarpun hanya di alam maya pada ni... 

Pemberian yang ikhlas dari seseorang yang kita panggil sahabat merupakan sesuatu yang amat bernilai...... sesuatu yang  mungkin tidak  dapat dibeli dengan wang ringgit kerana di sebalik pemberian itu tersembunyi nilai yang sangat berharga..... walaupun hadiah itu adakalanya hanya sepotong ayat.... 

Terima kasih Sasa atas award itu dan terima kasih juga sebab kategorikan akak ni sporting.... sporting ke??? TQ...TQ... Kembang idung ni...

Apa pendapat akak tentang blog Sasa :
Sebuah blog yang patut dikunjungi kerana banyak yang dapat dikongsikan di dalam blog beliau. Akak datang hampir setiap hari ke blog beliau... adakala as a silent reader... Gambar-gambar sentuhan beliau mampu bercerita tentang banyak perkara.... dan selalunya gambar-gambar yang beliau paparkan di blog beliau, membawa akak merenung semula ke belakang yang telah lama akak tinggalkan...
Tak percaya??? Kliklah SINI.... Ha! betulkan....

Okay! Sampailah saat mengtag sahabat-sahabat maya yang lain... Semoga persahabatan kami akan kekal selamanya....


Ramai lagi rasanya yang nak ditag tapi simpan untuk tag yang masih dalam proses menyiapkannya... Semoga mereka ni menerima akak sebagai sahabat di alam maya ni.... bagi follower2 akak yang lain... akak berterima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada hidup akak...

Jumaat, 26 November 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST

Adoi!!!! Bila dapat tag dari GamatriA ni rasa  macam malas jer nak join tapi pas tu terfikir.... rasa tak patut pula... orang dah jemput tapi jual-jual mahal.... Masa tu mmg sedang haru-biru jadi mohon penangguhan.... Hari ini ada sedikit kelapangan jadi akanku sahut cabaran GamatriA dalam Contest Kawaii Gadget, anjuran Mommy Pinky


SYARAT-SYARATNYA 
(.... mestilah ada syaratkan... mana pula pertandingan tak de syarat.. )


1.   Mestilah follow blog Mommy Pinky---- www.kawaiigadget.com
Dah follow dah Mommy... kekal setia memfollow sampai ke akhir hayat blog ini.... chewah!!! tu ayat merasuah tu...


2.   Tajuk entry tu mestilah
 KAWAII GADGET'S CONTEST
Wokey Mommy.... dah letak tajuk ni dan tak ada ubah-ubah walau sehuruf pun cuma ubah color dan font tulisan.... bolehkan???? Bolehlah... kan Mommy juga kata nak kena kreatif.... nak jadi kreatiflah ni konon...



3.   Nampak banner comel kat atas tu???
 Ha.... Mommy kata, kenalah letakkan banner tu dalam entry dan link balik ke entry contest Mommy dalam blognya yang pinky abis tu..
Mommy... yg ni pun dah sattle dah... 



4.   Syarat yang seterusnya.... Kenalah pilih satu buah lagu dan tuliskan satu entry berkaitan lagu yang telah dipilih... Mommy kata, tak kiralah apapun bentuk ceritanya... yang penting kena kreatif utk menambat hati Mommy...
**TIPS**
Mommy bagi kredit kepada mereka yang masukkan mp3 dan gambar dalam entry mereka sebab Mommy kata idaklah dia bosan bila membaca entry kita tu nanti.... letak, jangan tak letak tau...
Help me Mommy.... x tau nak letak mp3... letak benda ala kat bawah tu boleh ke???? Ala... bolehlah Mommy... bolehlah... ada Jamal Abdillah lagi.. hi.hi.hi.




Aku memilih lagu ini kerana setiap kali mendengarnya.... hati ini pasti akan dirundung rasa hiba yang teramat sangat dan yang pastinya... air mata akan menemaniku. Sesungguhnya... ibu dan ayah merupakan hadiah yang paling berharga bagiku... 


Aidil Adha disambut dengan linangan air mata. Keputusan ujian Dnc ibu meragut kekuatanku dan ketabahanku.... ibu disahkan menghidapi Kanser. Bagaimana aku harus tabah melihat ibu menangis.... bagaimana aku mampu tenang melihat ibu bersedih..... dan bagaimana aku harus kuat melihat ibu menahan kesakitan.... Ya Allah!!! Aku hampir tersungkur dengan ujianMU. Ya Allah!!! Aku malu kerana kelemahanku ini.... Aku mohon padaMU ya Allah.... Kembalikan ketabahanku.... kembalikan ketenanganku.... kembalikanlah kekuatanku kerana ketabahan, ketenangan dan kekuatanku merupakan segala-galanya pada ibu setelah ibu kehilangan Ina... setelah ibu kehilangan Ama.... dan setelah ibu kehilangan ayah.... Ibu hanya punya aku dan cucu-cucunya yang masih belum mengerti...

Sementara menunggu azan Maghrib.... kuhimpun sisa2 ketabahan yang ada dan kupeluk ibu yang termenung dianjung rumah. Aku tatap wajah ibu dan kukucup dahinya.... " Ibu... kita akan harungi ujian Allah ini bersama. Ibu harus bersemangat dan kuat.... Ani akan melakukan segalanya untuk ibu dan Ani akan sentiasa di sisi ibu ketika ibu memerlukan teman untuk berbicara... teman untuk mengadu". Ibu tersenyum dan aku tahu, dari senyuman ibu itu, ibu sudah sedia berjuang menentang penyakit KANSER dalam tubuhnya, penyakit yang juga meragut kekuatan nenek ( ina ) dan atuk ( ama).

Kes ibu kami rujuk kepada Dr. Noor Mikraz  di Kuala Kangsar dan beliau telah merujukkan kes ibu ke doktor pakar di Hospital Ipoh. Pagi tadi... jam 5.00 pagi kami sekeluarga bertolak ke Hospital Ipoh kerana temujanji ct Scan ibu dipercepatkan dari 6hb. Disember ke tarikh hari ini. Setiba ke bilik ct scan... ibu diminta minum sebotol besar cecair berwarna kuning dan harus dihabiskan dalam masa 1/2 jam. Ibu yang berpuasa sejak jam 12 malam semalam.... minum cecair kuning itu perlahan-lahan dan aku lihat wajah ibu berkerut menahan rasa loya... sesekali menahan rasa nak muntah. Ibu tetap minum segelas demi segelas dengan tabah.... Aku tak sanggup melihat ibu.... aku cuba menyembunyikan air mata tapi hati anak mana yang tidak terguris.. hati anak mana yang tidak terluka....

Setelah 40 minit berlalu, ibu dipanggil... masuk ke dalam bilik doktor. Tidak berapa lama kemudian, ibu keluar dari bilik itu dan aku melihat kedua-dua belah tangan ibu ditampal dengan kapas... tentu mereka mengambil darah ibu... Kasihan ibu! Ibu mengadu doktor yang mengambil darahnya agak kasar.... Sampai hati mereka.... ibu sakit!!! Kenapa buat ibu begitu???? Tapi aku tak mampu membantu mengurangkan kesakitan ibu.... maafkan anakmu ini ibu.... Lebih kurang setengah jam berlalu, mereka masih belum memanggil nama ibu.... Ibu mengadu pundi kencingnya seakan mahu meletup.... tapi mereka tak benarkan ibu ke tandas... apa lagi mampu aku lakukan, itulah syaratnya dan hukum yang telah mereka tentukan. Kasihan ibu.... Alhamdulilah, tidak lama selepas itu... ibu dipanggil untuk ct scan... 

Doktor mengingatkan kami... 17hb nanti ibu akan masuk wad dan akan menjalani pembedahannya pada 20hb... Ibu menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya perlahan-lahan.... aku tahu, ibu mencari kekuatan agar tidak mengalirkan air mata tapi aku tahu ibu takut.... aku tahu ibu bimbang.... Anak bongsuku bertanya..."Umi... kenapa dengan nenek? Nenek sakit ke?" Aku tidak mampu menjawabnya.... hanya air mata ini yang mengalir.....





 5.   Next.... amboi!!! perkataan omputih tu.. Kenalah tag 3 orang rakan untuk memeriahkan lagi contest Mommy ni...
 Jeng...jeng.... jengggggggg..... mari kita tengok siapa yang kena....


shadawentz
akmaezah
iladelarossa




6.   Kembali semula ke entry Mommy Pinky dan komen2lah mana-mana yang patut dan linkkan semula ( link back ) ke entry contest yang anda dah buat..
Siap.... dah mengomen dan menglink dah Mommy..
OPSSS!!! terlupa pula.. refferal juga sudah disertakan... siapa lagi kalau bukan... GamatriA


7.   Adat pertandingan... mesti ada tarikh tutupnya..
Closing Date 13 Dec 10


8.   Setiap pertandingan mesti ada pemenangnyakan... Mommy bermurah hati nak beri hadiah kepada 7 pemenang... ramai tu dan hadiahnya pun lumayan sangat.... Nak tahu apa hadiahnya??? Jenguklah blog Mommy Pinki di SINI . Baca dan fahamkan!! Mak oi!!! garang bebenor pulo bunyinye...
Semoga Mommy Pinky terus dimurahkan rezeki dan terus menganjurkan contest sampai saya menang ye.... Kalau saya dah menang nanti, Mommy nak berhenti buat contest pun tak pe.... hi.hi.hi.... tamak halobe jer bunyinye.. 
Selesai akhirnya... GOOD LUCK TO EVERYONE
akmaezah

LIKE DISINI

Layout