SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Rabu, 3 November 2010

Abah.. bagilah balik tangan Ita....

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail . Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..! ''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.."Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." Sama-samalah kita renungkan... anak-anak itu anugerah ALLAH yang tidak terhingga nilainya.....

Cerita ini diambil dari seorang teman di facebook.. Mentari Hidup. 
p/s gambar diambil dari web google

Selasa, 2 November 2010

ADAKAH MEREKA TELAH INSAF DAN MAHU BERUBAH????

Di penghujung tahun ni memang letih kat sekolah.... ulangkaji, gerak gempur, strategik planning, laporan, kemaskini fail, kemaskini Rekod Pelajar, kemaskini Kad 001, meeting dan macam-macam lagi yang perlu dibuat.... Adakala letihnya sehingga nak buka mata pun letih... ha.ha.ha... ni memang nak jumpa Mr. Bean... belajar tongkat mata dengan batang kayu mancis... 

Pagi ini aku menjaga kelas Gerak-Gempur.... Kelas kesayanganku... yang selalu membuatkan aku senyum, ketawa, termalu-malu, marah, geram, sakit hati.... dan macam-macam lagi..... Kelas ni cuma 21 orang jer tapi riuhnya mcm kenduri 3 pengantin... Kalau aku masuk kelas.... adakala disambut dengan ...Assalamualaikum teacher... adakala disambut dengan...Assalamualaikum puan... ( mcm aku pengetua pula!!!!! )...Adakala disambut dengan... Assalamualaikum cikgu.... Ikut suka mereka jer... yang bagi salam tu bukannya ketua kelas... tapi bertukar-tukar orang.... yang pak turutnya sporting pulak tu...!!!! Ikut jer... Hari ini, mereka menyambutku dgn.. Assalamualaikum Miss Fuziani.... tergelak besar aku dibuatnya!!!!  Saja jer mereka mengusikku...

Sebelum aku mengedarkan kertas soalan gerak gempur... aku meminta salah seorang daripada mereka membacakan doa... Penuh bersemangat mereka membaca doa terutama ketika mengAMINkannya... tiga bangunan tu rasanya bergegar dgn doa mereka... kelas sebelah menyebelah memandang dengan senyuman memandangkan kelas tu terletak di blok yang tengah sekali.... Aku hanya mampu tersenyum... sedikit terhibur dengan perangai mereka yang nakal.... Sebab itu aku mengelarkan mereka kanak-kanak riang walaupun dah tingkatan 5... Aku biarkan tanpa menegur kerana mungkin juga mereka stress dan tertekan.... biarlah mereka lepaskan semuanya....

Aku memandang jam di dinding... baru jam 7.40 pagi... gerak gempur bermula jam 8.00 pagi. Aku mengarahkan mereka mengosongkan meja dan meletakkan beg mereka di dalam loker yang terletak di belakang kelas... Semuanya bangun dengan patuh tanpa sebarang bantahan... Aku kehairanan sebentar kerana biasanya mereka akan buat bising.... biasalah semuanya pelajar lelaki... dah tu kelas nak hujung pula tu!!! Seperti biasa... aku mengambil masa dalam 5 minit utk set induksi yang adakala meleret-leret sampai 10 minit... cuma kali ini set induksiku berbau nasihat.... Mereka tunduk mendengar tanpa soalan-soalan nakal.... Aku kehairanan lagi.... Tiada lagi... teacher, baju teacher lawa hari ni. Taiada lagi.... teacher comel hari ni. Tiada lagi... apa no telefon anak teacher?. Tiada lagi dendangan lagu sentimental dari mereka.... Tiada lagi... teacher, kenapa teacher x pakai lipstik teacher? Semua senyap dan ada yang sibuk memastikan semua alat tulis telah diletakkan di atas meja...

Aku terasa bagai berada di kelas yang lain... bukan kelas yang sering menyebabkan cikgu-cikgu semput di hujung kelas kerana mengajar ala-ala tarzan melawan suasana riuh dalam kelas tu..... Dalam kehairanan aku mengedarkan kertas soalan.... Dan... hairan lagi... tidak seperti biasa.... mereka akan membelek-belek dan menyelak kertas soalan walaupun dilarang berbuat demikian. Kertas soalan terletak di atas meja tanpa diusik.....  Aku kemudiannya berdiri di hadapan kelas sambil memerhatikan mereka dengan pandangan yang kehairanan.... Satu persatu wajah mereka aku perhatikan... Tiba-tiba perasaan sayu merayap dan singgah di hatiku yang paling dalam sekali.... Air mataku bergenang!!! Salah seorang daripada mereka perasan dan kemudiannya bertanya... Kenapa teacher pandang kami macam tu? Kami buat salah lagi ke??? Aku cuma mampu mengelengkan kepalaku dan cuba mengukir senyuman...

Gerak gempur pun bermula. Salah seorang mengangkat tangan... " Teacher, rumusnya tak disertakan sekali ke?" Aku tak pasti lalu bertanya kepada salah seorang guru Matematik yang kebetulan lalu di situ. Guru tersebut meminta mereka menggunakan rumus yang telah diberikan semasa trial hari tu.... Dan aku betul-betul hairan apabila masing-masing berdiri, menyelongkar beg di belakang dan mengambil helaian rumus yang dimaksudkan.... Apakah mereka telah berubah???? Biasanya... " Ala teacher... lupa bawalah" atau " Teacher, saya tertinggal kat rumah" atau " Dah hilanglah teacher".... dan biasanya, berilah helaian kerja atau nota.... sudahnya lesap macam tu aje.... Tapi hari ni... semua bawa helaian rumus yang diberikan masa trial lebih kurang tiga minggu lepas!!!!  Bagaikan mimpi..

Dua masa aku berada dalam kelas tu... Semuanya tunduk dan tekun menyelesaikan satu persatu soalan dalam kertas tersebut.... Tiada lagi... "Teacher, nak ke tandas"... Tiada lagi... "Teacher, nak asah pensil kejap"... Tiada lagi... "Teacher, pen tak bawa"... Tiada lagi yang tertoleh-toleh kiri, kanan dan belakang. Tiada lagi yang menyanyi-nyanyi sambil ketuk meja. Tiada lagi yang nak jadi spesis zirafah, meneropong jawapan kawan.... Senyap dan sunyi, hanya kedengaran riuh di kelas sebelah.... Aku benar-benar hairan dan bersyukur.... Mungkin mereka mahu mula berubah kerana SPM semakin hampir. Semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk mereka...

Loceng berbunyi menandakan waktu kedua telah berakhir... aku berdiri perlahan-lahan kerana guru seterusnya telah berdiri di hadapan pintu.... mungkin juga kehairanan sepertiku... Ketika aku melangkah pergi, pelajar yang paling nakal dalam kelas tu dan juga pelajar yang sering menyakatku... mengangkat muka dan tersenyum kepadaku... Senyuman itu berbeza dari semalam dan yang sudah-sudah... Hati seorang guru tersentuh... aku bergegas pergi.... Biarpun mungkin mereka berubah untuk hari ini sahaja.... tapi aku tetap berbangga menjadi salah seorang guru yang mengajar di kelas itu. Aku akan terus menyayangi mereka dan mendoakan kejayaan mereka.... Semoga mereka mencipta keajaiban dalam Peperiksaan SPM nanti.... Semoga semua guru yang mengajar kelas ini meredhakan ilmu mereka.... Ya Allah! Berilah peluang kepada para pelajar ini untuk mengecapi indahnya nikmatMU....


p/s Semua gambar diambil dari web google

Ahad, 31 Oktober 2010

IDENTITI DI SEBALIK CETUSAN SEIKHLAS RASA...










Ni lah blog AKU DAN DIA yang secara rambang mengetag mereka yang baca n3nya... dan yang membaca tu... salah seorangnya akulah... hi.hi.hi.... rasanya macam mo tapuk ( sembunyi ) sana balakang pintu jak supaya urang nda jumpa... Lain kali mo jadi silent reader jak lah... takut kena tag mcm ni lagi.... hi.hi.hi...





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada siapa yang sudi baca N3 kali ni.... Sebelum tu... biar aku gelakkan diriku sendiri dulu.... terkena!!!! Mulanya mcm x nak tulis jer sb bukan kena saman pun kalau x tulis... tapi bila fikirkan... aku tulis jugalah sebagai tanda aku sporting... ye lah tu!  Mula nak cengkelat jugak tapi tuan blog tu dah beri peringatan kat chatbox aku.... hi.hi.hi... Okaylah... bulih juga kawan-kawan berblog ni kenal sama sia sikit2... but nothing interesting about me... just biasa-biasa saja.. Biarlah saya menulisnya dalam bahasa kami di Sabah... dont understand??? jangan malu-malu bertanya...

  1. Nama penuh sia JENNY SABASTIAN ROBERT @ FUZIANI. Kawan-kawan selalu tanya, kenapa nama sia masih nama asal.... panjanggggggggg ceritanya, nantilah ada masa sia story mory di sini.
  2. Lahir di  Kampung Lakut,Papar, Sabah. Ala... 1 jam jak dari KK kalau mo pigi sana..  Papar ni terkenal dengan belacannya yang sedap!!!
  3. Dibesarkan di Kampung Mondou, Tuaran, Sabah.... Kampung yg kicil jak... cuma ada 15 buah rumah tapi kami hidup harmoni bah.. saudara-saudara jak kami bah...
  4. Bersekolah rendah di SRK Bundung, Tuaran... Masa sekolah dulu, kalau mo pigi sikulah, nda buli bah pakai kasut dari rumah sb kana jalan di sawah, nanti kasut kutur. Sampai sikulah baru buli pakai kasut. Jadi kami pigi sikulah kaki ayam jak...
  5. Bersekolah menengah hingga tingkatan 2 di SMK Badin, Tuaran. Uiiiii! masa sikulah di sini glamer bah sia sb jadi pengawas... garang mcm singa lah kunun. Hi.hi.hi....perasan sekejap.
  6. Masa tingkatan 3, keluarga sia pindah menyewa sana Likas sb diaurang kerja sana Hotel Hyatt di KK. Masa tingkatan 4, kami pindah lagi abis mama' sia beli rumah sana Kapayan Ridge... dekat tu Hospital Queen. Jadi sia pun terpaksa pindah sana SMJK Shan Tao, Likas sampai tingkatan 5.... Kelas Sains pula tu.. Dlm kelas tu cuma sia dgn kawan sia yang namanya Cathrine saja yang KadazanDusun... yang lain semua Cina... bah, sikulah Cina bah tu!!!! Satu kelas cuma 24 urang saja dan yang paling buduh... sayalah tu.. Markah Matematik Tambahan selalu belas-belas jak... so, kalau periksa... sialah yg terlast...
  7. Lepas SPM.. kerja dgn syarikat brooker tanah sana KK... banyak juga bah gaji sia... plus komisyen, kadang-kadang dekat2 juga 2K... Malas suda mo sikulah... Tapi mama' sia bising tiap hari... suruh juga sikulah...
  8. Jadi sia terpaksalah sambung sikulah... Keputusan SPM sia setakat gread 2 jadi terpaksalah sikulah swasta di SINSURAN COMMUNITY COLLEGE di KK. Bah urang kena paksa sikula jadi sia pun malaslah mo belajar... STPM cuma dapat 3P... Padan muka sia!!! Masa tu baru sedar diri... abis mama' sia menangis. Dia mo juga sia masuk Universiti.
  9. Setelah insaf... sia belajar sendiri dan mo ambil STPM sekali lagi... Sambil-sambil tu sia mengajar kelas tambahan Sejarah di MASSA ACADEMIC. Uiiiiiii! sia ni terrer bah sejarah... sia dapat perinsipal A.. itu sia bulih mengajar.... perasan lagi.
  10. Berminat jadi insp. pulis... jadi sia mohonlah. Nasib sia bagus sb dipanggil interview... lulus pula tu... bah, minatkan... Next, diaurang panggil sia utk ujian kecerdasan.... pun lulus juga. Tu pegawai bilang tunggu surat sb nanti mo kena pigi sana Kajang utk latihan selama 3 tahun.
  11. Bila keputusan STPM diumumkan, sia dapat 5P... 2A,2B dan 1C. Uiiiiii!!! bangga bah sia masa tu. Melumpat-lumpat macam urang gila. Mama sia paksa sia isi borang utk masuk U... mulanya sia nda mo sb sia mo tunggu tu panggilan Insp. Pulis... Mama' sia bilang... mana yg dapat dulu... kalau dpt panggilan Insp. Pulis tu dulu so dia suru sia pigi sanalah... kalau panggilan U dulu, dia suruh sia masuk U lah... Malas mo melawan, sia pun ok jak lah sb sia tau tu panggilan Insp. Pulis mesti sampai dulu... hi.hi.hi...
  12. Tapi Tuhan mmg suda takdirkan sia masuk U barangkali.... sia dpt surat panggilan mendaftar di UKM dulu... nda dapat-dapat tu panggilan Insp. Pulis. 
  13. Masuklah sia di UKM, Bangi... FAKULTI SAINS KEMASYARAKATAN DAN KEMANUSIAAN... Singkatannya FSKK. Urang bilang fakulti yg paling nda popular.... bah biarlah... 
  14. Masa sia tahun 2 di UKM... mama' sia suruh kawin sb dia risau sia jauh-jauh.. teda urang mo jaga... nasib baiklah masa tu sudah ada boypren... kawinlah siurang... hi.hi.hi.... husband sia tu urang PERAK! Masa kenduri tu barulah mama' sia ckp yag tu surat panggilan Insp. Pulis sebenarnya dia kasi tapuk... sampai 2 minggu sblm tu surat panggilan UKM datang... Senyum2 jaklah sia... Sikarang baru sia rasa syukur... kalau inda... jadi pulislah sia....oh tidak!!!!!!
  15. Lepas graduation, sia dapat tawaran buat master di Universiti Sabah tapi sia tulak...Mula-mula nda terfikir bah mo jadi sigu tapi husband sia yang suruh sb dia bilang sesuai utk perempuan. So... sia pun mohonlah mo buat Diploma Pendidikan... Tapi bukan rezeki saya mangkali, terpaksa tangguh abis sia pregnant... So... sia decided kerjalah sikijap di SM SRI MURNI, sikulah swasta sana Cheras.
  16. The next year.... sia buatlah Diploma Pendidikan sana UKM juga..... Aiiiiiii! baru 16 jak ni... apa lagi mo ditulis ni.... 
  17. Lepas habis Dip. Pendidikan... sia dapat tawaran satu kali lagi mo buat master tapi sia tulak juga... Sikarang ada jugala rasa mcm menyesal tapi suda nda guna...
  18. Sia posting sini SABAK BERNAM, SELANGOR....
  19. First day dtg sikulah... tu pengetua speaking2 sama sia... abis sia pun speaking Londonlah juga... walaupun broken mangkali... Ala.. sia pun bukan pandai... sia major SEJARAH DAN GEOGRAFI masa di U... Mo tersembur-sembur air liur sia mo sebut perkataan omputih...
  20. Kasian sia.... bila dapat jadual, rupanya sia kena mengajar BAHASA INGGERIS. Oh... nda buli jadi... sia pun pigilah jumpa tu pengetua... dia bilang nda cukup guru BI jadi dia minta sia tulung utk tahun tu jak... Kelas form 3 pulak tu... Kelas no 7 dari 10 kelas.... Bah bantai jak lah... malas sia mo bising2...
  21. The next year.... tu diaaaaaaa..... 5 kelas bah mengajar BI. Mo pengsan sia dapat sia punya jadual... Merayu dan merajuk... tapi diorg nda juga layan sia... Jadi mengajarlah BI sampai sikarang cuma sejak 5 tahun lepas, diurang bagi juga sia 2 kelas SEJARAH... NASIBLAH... Kalau nda, sia2 jak sia belajar di U dulu... hi.hi.hi....
  22. Aiii... abis sudah idea sia ni... Warna kegemaran sia ARAGANG om OTOMOU... ha.ha.ha.  mo pengsan urang..merah dan hijau bah... Rumah sia kaler hijau, kereta sia warna hijau, baju sia bnyk warna hijau dan merah...
  23. Banyak cakap.... suka tingu orang... suka menulis... suka melukis dan suka bunga orkid...
  24. Apa lagi niiiiii..... aduiiiiii.... Berjaya naik Gunung 3 kali sampai puncak... ha.ha.ha... ni kes teda idea sudah ni...
  25. Yang last suda... i hava a small family... my mom, my hubby, my daughter and my two sons....Yesssssss!!!!!! abis juga akhirnya...

Fuh!!! siap juga akhirnya.... 
Itulah serba sedikit ttg diriku yang boleh kukongsi dgn rakan-rakan yang lain... 

Jumaat, 29 Oktober 2010

AKU MENANGIS LAGI......

Setelah Ina pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya... tinggallah ama keseorangan... Seperti orang tua lain, Ama berkeras mahu terus tinggal di rumahnya di kampung. Ibu pening kepala... kebetulan pula ibu anak tunggal maka tanggunjawab menjaga Ama terpikul di bahunya. Aku cuba memujuk Ama supaya tinggal dengan ibu tetapi Ama kata dia lemas tinggal di hutan batu... dia selesa mengayuh basikal ke Pekan Tuaran yang terletak lebih kurang dalam 5 kilometer dari rumahnya setiap hari Selasa dan hari Ahad, selesa dengan bunyi cengkerik di waktu malam, selesa melihat sawah di belakang rumah setiap petang, selesa bersembang dengan kawan-kawannya di beranda rumah dan segala-gala yang ada di kampung membuatkannya rasa selesa.


Segalanya berubah bila Ina pergi... Ama telah berubah. Ama tidak lagi seperti dulu... Ama semakin pendiam dan  dia sering menghabiskan masanya duduk di beranda rumah... termenung jauh dan tiada siapa yang pernah tahu apa yang ditanggungnya. Mungkin juga di merindui Ina... mungkin juga dia menyesali sikapnya yang kadang-kadang garang pada ina selama ini.... mungkin juga dia mengenangkan nasibnya tanpa isteri... mungkin juga dia mengenangkan dirinya yang semakin tua... Adakala air jernih bergenang di kelopak matanya... sering kali aku melihat dia mengesat mata bila perasan aku menghampirinya! Aku tahu Ama sunyi... 52 tahun Ama dan Ina hidup bersama... mengharungi pahit dan getir kehidupan... Selama itu, cinta mereka kukuh walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang datang.... Aku amat pasti, dari mata Ama... Ama sangat merindui Ina....

Setelah aku kembali semula ke Selangor.... Ibu memberitahuku yang Ama semakin uzur. Sebagai seorang anak, Ibu berkorban lagi.... Ibu dan ayah berpindah ke kampung, risau akan kesihatan Ama yang semakin tua. Seperti biasa, setiap kali cuti sekolah aku akan pulang menjenguk keluarga di sana. Ama sering batuk-batuk. Doktor mengesahkan Ama menghidapi penyakit TB.... Selama setahun Ama berulang-alik ke hospital Berungis untuk pemeriksaan dan mengambil ubat tapi batuk Ama seakan tidak pernah surut. Tubuh Ama semakin kurus melidi.... Ketika cuti panjang tahun 2004... batuk Ama semakin menjadi-jadi... pun begitu, Ama masih meneruskan rutinnya berkayuh besikal ke pekan. Puas kami menasihatinya tapi dia tetap berkeras mahu berbasilkal.... exercise katanya. Adakala dia berhenti mengayuh kerana semput tapi dia tetap berkeras tidak mahu dihantar dengan kereta.

Hospital Queen Elezabeth
Batuk Ama semakin teruk.... Doktor akhirnya memberi surat agar kes Ama dirujuk ke hospital Queen Elezabeth.  Kami semakin gelisah dan mula berteka-teki... Ama sakit apa sebenarnya.... dalam masa yang sama, Ayah  pula tiba-tiba tumbang! Kakinya bengkak serta merta dan dia sukar untuk bernafas... tercungap-cungap ayah seperti ikan kekeringan. Aku, Ibu dan suami jadi kelam-kabut. Ayah terbaring lesu menahan sakit di dadanya yang menusuk.... Ama tersandar di kerusi malas melayan batuknya yang tak henti-henti dan sesekali ada cairan merah bercampur dengan kahaknya.... Luka kehilangan Ina masih terasa tapi dugaan Allah datang lagi... 

Tanpa bertangguh, aku dan suami menghantar ayah dan Ibu ke hospital pakar di Luyang dan selepas itu menghantar Ama ke hospital Queen. Air mataku mula bergenang....macam-macam aku fikirkan... aku takut kehilangan lagi. Aku telan segala perasaan itu kerana aku tidak mahu Ama melihat aku menangis.... Sepanjang jalan Ama termenung dan dia kelihatan sugul sekali... Semasa turun dari kereta Ama berkata..." Matai noh boh potoi oku diti Jenny..." ( Dah nak sampai agaknya ajalku Jenny ). Aku yang diam menahan sebak mula menangis dan dalam tangisan aku memujuknya agar tidak berfikiran  begitu.... Dia berdiri lama di pintu hospital.... dan aku lihat dia menangis. " Bah Odun Painam... andadon oku "  bisiknya perlahan... Odun Painam tu gelarannya pada Ina... dia berbisik minta Ina menunggunya. Aku seakan tidak boleh melangkah.... aku minta suamiku menemankan Ama ke kaunter pertanyaan dan aku berlari ke tandas.... Aku menangis sepuasnya.... Ya Allah! Selamatkan Ama dan ayah.... 

Setelah air mataku reda.... aku melangkah perlahan menuju ke blok tempat Ama diperiksa, blok yang terletak di tepi jalan besar dari Penampang ke Kota Kinabalu. Blok itu betul-betul terletak di tepi jalan dan tiada pagar yang memisahkannya...  Aku lihat suamiku sedang duduk di kerusi sambil membaca surat khabar. Aku mendekatinya dan dia memberitauku yang Ama sedang menjalani  pemeriksaan. Aku sengaja duduk di kerusi yang setentang dengan jalanraya.... cuba mencari ketenangan dengan melihat kereta yang bertali-arus. Kami menunggu hampir 2 jam... aku semakin gelisah... Ibu menghubungkiku beberapa kali memberitahu yang ayah juga masih menjalani pemeriksaan. 

Tiba-tiba aku dipanggil masuk ke bilik doktor.... dan hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu.... takut menerima perkhabaran buruk... Aku ketuk pintu dan melangkah masuk... dihadapanku, seorang doktor perempuan berbangsa Cina sedang duduk dikerusinya dan dihujung katil aku lihat Ama sedang mengenakan semula kemejanya. Doktor itu mempersilakan aku duduk dan Ama pula duduk di hujung katil. Setelah bertanya apa hubunganku dengan Ama, doktor itu membuka fail di hadapannya. Dengan muka yang selamba, tanpa rasa perikemanusiaan doktor itu berkata "Datuk puan menghidapi kanser paru-paru tahap empat, keadaannya kritikal kerana paru-parunya di sebelah kiri dah rosak teruk"  Kata-kata itu umpama halilintar dan tiba-tiba aku rasa  lantai yang kupijak bergegar. Walaupun doktor itu seakan berbisik tapi aku pasti Ama mendengarnya dengan jelas.


Aku sempat memandang ke arah Ama.... Ama tunduk memandang lantai. Bodoh betul doktor ni, getus hatiku.... kenapa mesti semuanya ini disampaikan kepadaku di hadapan Ama... Aku mendekati Ama dan memeluknya. Aku menangis dan dia menangis.... Aku kuatkan hati dan memapahnya keluar... Ama seperti tidak bermaya melawan takdirnya. Melihatkan aku keluar memampah Ama, suamiku cepat-cepat mencari kerusi roda . Sementara menunggu suami mendapatkan kerusi roda, Ama duduk di kerusi pelawat. Ama terpaksa tinggal di wad....Aku hilang arah... aku tidak boleh berfikir.... Aku menghayun kaki perlahan menuju jalanraya dengan fikiran kosong... aku hanya melangkah tanpa tujuan sebenarnya.... syukurlah suamiku sempat menarik tanganku dan aku tersedar.... ketika itu aku menangis lagi... Suamiku menarikku ke satu sudut agar Ama tidak melihat aku menangis....


Tiba-tiba telefon berdering..... Ibu menangis di hujung talian. Ayah disahkan  lemah jantung.... Ya Allah!!!!! Besar sungguh dugaanMU kepada kami... Mampukah aku dan Ibu menanggung semuanya ini... Aku memeluk suamiku untuk mencari kekuatan.... Aku semakin lemah dan air mata ini turun tanpa henti.... Suamiku mendapatkan sebuah kerusi untukku.... Aku menangis sepuasnya. Keluargaku yang kecil semakin kecil.... aku hanya ada suamiku, anak-anakku,  Ama, Ibu dan Ayah kerana Ama anak tunggal, Ibu juga anak tunggal dan.... aku juga anak tunggal.... Ya Allah! Jangan ambil mereka dariku....


p/s Semua gambar diambil dari web google.....  terpaksa berhenti di sini kerana terlalu panjang... nanti akan disambung semula.




Selasa, 26 Oktober 2010

JOM KE PULAU MANUKAN, SABAH

Setiap tahun... saya akan pulang ke Sabah bersama keluarga, bah... dapat tiket free kan!!!! Sayang kalau nda digunakan. Biasanya, antara aktiviti kami selama di sana ialah..jalan-jalan..hi.hi.hi... Sabah tu luas bah... banyak tempat boleh dilawati... Entry kali ini... Pulau Manukan.... tempat yang mesti dikunjungi setiap kali ke sana.

Pulau Manukan merupakan salah sebuah pulau yang tercantik di Sabah. Pulau ini menjadi daya tarikan, bukan sahaja kepada pelancong dalam negeri malahan antara distinasi pilihan pelancong-pelancong luar negara. Pulau Manukan terletak di perairan Kota Kinabalu. Sekiranya menginap di Hotel Hyatt Regency, pelancong boleh berjalan kaki ke jeti menuju ke Pulau Manukan dan perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Bah... exercise tu kan bagus,,, lagipun kalau naik kereta cuma 2 minit perjalanan... membazir minyak tu... minyak mahal sekarang. Kalau naik bas mini... sebut jak jeti ke Pulau Manukan... taulah diorg mau kasi turun di mana..

Di jeti ni ada  beberapa pondok agensi pelancongan yang menyediakan kemudahan menyewa bot untuk ke pulau Manukan. Sewa sebuah boat dalam lingkungan RM100 yang boleh memuatkan 4 hingga 6 orang. Perjalanan dari jeti ke Pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja... Kebanyakan pelancong datang ke Pulau Manukan untuk menyelam kerana di dasar airnya yang jernih biru ke hijau-hijauan itu tersimpan pelbagai kehidupan laut yang menakjubkan.. Pemandangan di pulau Manukan juga merupakan salah satu tarikan pelancong ke pulau ini... Cantik dan mendamaikan... Penat berkerja, stress... inilah antara tempat yang sesuai untu dikunjungi..

P/S Semua gambar diambil dari web google. 






LIKE DISINI

Layout