SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Rabu, 2 Februari 2011

ADAB MINUM CARA RASULULLAH SAW

Alhamdulilah.... ibu sudah menjalani rawatan kimoterapi yang pertama dan setakat ini, ibu nampak sihat. Doktor telah membekalkan sebuah buku berkaitan kesan2 kimo keatas pesakit, pantang-larang dan sebagainya. Alhamdulilah..... sekurang-kurangnya sebagai panduan pada kami dalam menjaga ibu. Ibu dipesan untuk minum banyak air sejuk dan kebetulan semalam terjumpa satu artikel berkaitan minum air sejuk yang rasanya boleh dikongsi dgn rakan-rakan lain.
Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)

2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.




Untuk maklumat lanjut, sila klik pada gambar diatas.


Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas. Minuman Manis dan Sejuk. Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”. Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk”
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1.   Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan


2.   Bacalah ” Bismillah”

3.   Minum dengan tiga nafas

4.   Minum dalam keadaan duduk

5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan   pernafasan ketempat lain.

6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah

7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri

8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Khamis, 27 Januari 2011

KUPOHON DOA TEMAN-TEMAN...

Sejak kebelakangan ini, ada masa-masanya aku termenung tanpa disedari.... Terlalu banyak perasaan yang bersarang di hati. Biarpun di wajah ini sentiasa terukir senyuman namun tiada siapa yang tahu betapa sesaknya perasaan yang ditanggung. Esok kami sekeluarga akan menginjakkan kaki lagi ke Hospital Ipoh setelah meninggalkan wad 2C 33 hari yang lalu... Bermulalah siri kunjungan yang entah bila akan berakhir.... Esok ibu dikehendaki menjalani ujian darah dan pada hari Isnin depan, Ibu akan menjalani rawatan kemoterapinya yang pertama.... Aku takut menghadapi kesan sampingan rawatan tersebut terhadap ibu di usia emasnya... Cerita dan pengalaman mereka yang pernah melalui rawatan ini menjadikan aku begitu risau.


Namun..... sebagaimana yang pernah aku janjikan kepada ibu.... aku akan mencari kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi hari-hari itu kerana aku tahu.... ibu memerlukan kami sekeluarga.... memerlukan sokongan kami.... Aku tidak akan membiarkan ibu melalui segalanya itu berseorangan..... Sebagai satu-satunya anak ibu.... aku tahu, ibu juga takut sepertiku.... ibu juga risau sepertiku.... Kalaulah ibu terpaksa menangis, aku mahu sentiasa berada di sisinya..... "Ya Allah, berilah aku kekuatan dan ketabahan. Sembuhkanlah ibu.... izinkan kami membahagiakan ibu...."

Kepada teman-teman blogger yang singgah ke blog CSR, blog ini bercuti rehat utk beberapa hari kerana aku akan menemani ibu di hospital sehingga rawatannya berakhir...Doakan kesihatan ibuku. Semoga doa itu nanti dapat meringankan beban perasaan yang ditanggung oleh ibu...




p/s Gambar ehsan pakcik google

Selasa, 25 Januari 2011

LOVE AWARD DARI NORGADIS LABUAN




Rasa sangat terharu mendapat satu lagi award 

daripada salah seorang blogger yang sering berkunjung ke blog CSR iaitu NORGADIS LABUAN. Nor merupakan antara blogger yang terawal menyokong kemunculan blog CETUSAN SEIKHLAS RASA dan tidak rugi berkunjung ke blog Nor kerana banyak entry Nor yang boleh dikongsi bersama.
 Rakan-rakan blogger yang berkunjung ke blog CSR.... 
jangan teragak-agak utk mengunjungi blog beliau.

Create your own banner at mybannermaker.com!
Terima kasih Nor atas pemberian "Love Award" ni. 
Semoga persahabatan kita di alam maya akan berkekalan sehingga akhirnya....












Ahad, 23 Januari 2011

CONTEST PIC HITAM PUTIH PALING COOL

Lagi penangan si gaman GamatriA yang baik hati....
Hutang lama ni... kalau simpan lama-lama nanti si gaman minta bayar bunganya.... Dia ni ala-ala along... mengugut mo merajuk tepi tangga.. kadang-kadang suka gulik2 kalau merajuk...

Dipendekkan bebelan...
Untuk mengelakkan dia main ugut-ugutan atau merajuk-rajuk maka dengan rela hati menyertai contest ini.... Walaupun tahu nda akan menang punya... Selalu ndada rezeki bah...tapi tetap memberi sokongan kepada  Si Gadis Bermata Coklat ini.


Namanya pun contestkan, maka... tentulah ada syarat2nya...
1. Menjadi follower blog Gadis Bermata Coklat
2. Letak banner contest di sidebar sepanjang contest dan pautkan ke blog tersebut
3. Buat entri mengenai contest dan berikan idea hadiah yang diingini sekiranya memenangi RM100 dengan ayat yang simple.
4. Tag 5 lagi kawan blogger untuk menyertai contest ini.
5. Tarikh tutup penyertaan : 1 MAC 2011

 
Maka dengan ini.... saya mempertaruhkan gambar kesayangan hamba ini....
Tak semestinya gambar diri sendirikan???? Sebab tidak termaktub dalam syarat2 yg dinyatakan...
Jadi dipertaruhkan gambar bekas anak-anak didik yang sentiasa menjadi penghibur hati... 
( Ada masa.... buat darah mendidih-didih....! )



..Kalau menang rm100 tu..... nak belanja budak-budak ni makan nasi ayam Cik Nor kantin....


5 mangsa seterusnya untuk dipujuk rayu supaya sudi join contest ini adalah; 
Semua nama-nama diatas..... dipujuk rayu mendayu-dayu... sertailah contest ni sekiranya ada kelapangan.....ok!


Pinjam senyuman mr. google utk semua....

Sabtu, 22 Januari 2011

BETUL.... NI AWARD YANG PALING NGERI DI TAHUN 2011

Bila GamatriA muncul di shoutbox dengan linknya..... maka sudahku tahu niatnya... Adui gaman.... kenapa nda 30 jak... atau 60... 13 tu sikit jak bah...
 ( perli tu tau...!) Mau rasanya gulik-gulik sini...


Tapi nda apalah.... aku menerimanya dengan senyum lebar sebab award-award ni memang comel sangat... lagipun, banyak sudah hutang tag si gaman ni yang belum dilangsaikan....
Apa pun....terima kasih gia gaman... BAIK SUNGGUH HATIMU..!!! Ikhlas tu... tulus dari hatiku...




Semua award tu comelkan???????
Maka dengan ini..... diumumkan bahawa nama-nama yang disenaraikan dibawah telah dipilih sebulat mata untuk menerima award comel-comel ini.... Maka tiada sesiapapun yang dibenarkan untuk menolak award2 ini melainkan menerimanya jua dengan hati yang terbuka dan dengan senyuman yang lebar... Mereka ialah:

KudopRogon - Ngeri jer bunyinya

DAN...... mereka yang sering datang ke blog ini juga layak mendapatkan award2 ini. Silalah ambil... dah tak larat nak tag dah.... pening... Tolonglah ambil.... please....







LIKE DISINI

Layout