Mulanya ibu disahkan mengidap Kanser dan terpaksa menjalani pembedahan membuang keseluruhan rahimnya.... Ketika ibu ditolak keluar dari bilik pembedahan.... hanya Allah yang tahu betapa hati anak ini remuk.... tapi segalanya ditelan kerana ibu perlukan kekuatan kami untuk mencantumkan semula serpihan-serpihan kekuatannya yang berserakan.... Menjaga ibu di hospital begitu menguji kekuatan diri memandangkan diri sendiri juga bergantung kepada ubat-ubatan... dan ketika itu pula perlu menanda skrip-skrip jawapan pelajar. Beberapa kali hampir pitam..... mujurlah jururawat di wad 1c amat memahami....
Kembali ke Sabak Bernam.... anak yang bongsu pula sakit... Nanah keluar tiba-tiba dari hidungnya. Kami panik kerana dia memang menghadapi masalah dengan hidungnya. Pakar ENT mengatakan, hidungnya di bahagian dalam tidak mempunyai tisu menyebabkan kapilari darahnya terdedah. Kami membawanya ke klinik namun sakitnya tidak juga beransur kurang.... Selepas itu, kami membawanya ke sebuah lagi klinik..... alhamdulilah, nanah berkurangan.....
Walaubagaimanapun.... aku pelajari banyak perkara sepanjang 2 bulan ini... dan yang pastinya, ikatan kekeluargaan kami semakin erat kerana kami saling memerlukan dalam hidup ini. Aku juga mengerti betapa Allah memberi terlalu banyak kenikmatan sepanjang hidupku.... sedangkan aku adakala terlupa untuk bersyukur. Allah Maha Pengasih..... masih memberi kesempatan kepada kami setelah memberi peringatan.... Teman-teman di luar sana.... hargailah setiap nikmat yang Allah beri sebelum terlambat... Hargai jua insan-insan yang sentiasa menyayangi diri kita dan pastikan mereka tahu yang kita amat menyayangi mereka....




