SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Sabtu, 2 Februari 2013

AYAH.......

Pic dr google

Sedang aku termenung.... teringat bekas anak muridku beberapa tahun dahulu...
"Teacher.... ayah saya dah uzur, saya dan adik-adiklah yg menguruskan keperluan ayah sejak ibu pergi meninggalkan kami. Ayah tak mampu bangun sendiri, malah makan dan minumpun kami yang uruskan. Pagi sebelum ke sekolah, saya masak dulu teacher. Sebelum adik saya yang sekolah sesi petang tu pegi sekolah, adik mandikan ayah dan suapkan ayah makan. Bila adik pegi sekolah, makcik yang duduk sebelah rumah akan jenguk-jengukkan ayah sampai saya balik sekolah. Sebab itulah saya jarang datang kelas tambahan teacher. Kakak pula terpaksa berkerja untuk menampung keluarga kami." 

Ketika itu hati kecilku tersentuh.... "Semoga Allah permudahkan segalanya bagimu wahai anak muridku. Kau anak yang baik.... mulianya hatimu pasti diberi ganjaran baik di kemudian hari... Bertuahnya seorang ayah yang punya anak sebaikmu". Bisik hati kecilku.


Tiba-tiba aku teringatkan ayah mertuaku di kampung. Alhamdulilah.... walaupun usianya sudah menginjak angka 88 tahun tapi Aboh masih mampu menguruskan dirinya sendiri biarpun kekuatannya kian dimamah usia. Harinya banyak dihabiskan di masjid dan rumah sahaja. Dia yang sememangnya tidak banyak bercakap semakin menjadi pendiam. Pernah sesekali dia bersembang denganku, dan aku pasti.... dia merindui ibu mertuaku yang telah pergi 12 tahun lalu. Aku sebenarnya kagum dengan ayah mertuaku. Kasihnya pada ibu mertuaku sungguh dalam.... Aku melihat air matanya bergenang setiap kali bercerita tentang ibu mertuaku, biarpun sudah sekian lama dia ditinggalkan. Semoga roh ibu mertuaku tenang di sana. Semoga Aboh terus sihat meniti usia tuanya. Semoga Allah jadikan kami anak- anak yang terbaik untuknya.



COMOT.... MULIANYA HATIMU.


Maaf kerana gambar tidak ditapis...... 
Itulah aksi salah seekor kucing di rumah ni. Kami sekeluarga memanggilnya 'Oren' kerana matanya sedikit keorenan. Bila pendingin hawa dipasang maka  Oren akan naik ke katil untuk tidur dan selalunya... begitulah aksi tidurnya.

Ibu kepada oren kami panggil Comot. Seekor ibu kucing yang mithali. Beberapa bulan yang lalu, kami mengutip seekor anak kucing dari pasar dan kami namakannya 'pungut'. Tanpa rasa janggal, Comot menyusukan Pungut seperti anaknya sendiri.

Bulan lepas, salah seekor ibu kucing kami yang dipanggil 'Grey' beranak. Banyaknya anak Grey.... 5 ekor. Dua minggu lepas, Comot juga beranak, 2 ekor anaknya. Entah apa yang dirajukkan oleh Grey sehingga melarikan diri bersama 2 ekor anaknya dan meninggalkan yang 3 ekor. Bertuah punya Grey!!!! Melalaklah anaknya kelaparan. 

Kasihan melihat anak-anak Grey maka kami memindahkan anak-anak Grey ke tempat Comot. Sungguh tidak disangka.... Comot menyusukan anak-anak Grey!!! Hati tersentuh dengan kebaikan Comot. Comot semakin kurus dan tidak berdaya.... Alhamdulilah, bila ibu selalu melebihkan Comot.... dia semakin sihat. Semoga Comot akan terus sihat dan membesarkan anak-anaknya.




Draft yg x sempat dipublishkan tahun 2012... sekarang ni si pungut da besar n nakal.

Rabu, 30 Januari 2013

JERAT BURUNG WAK2 DAN KAK ANI

Jerat burung wak-wak


 Selepas solat maghrib, aku mengelamun seketika di atas sejadah sambil merenung dinding kamarku yang semakin pudar. Aku merasakan betapa kerdil dan daifnya aku di sisi ALLAH. Aku kecapi kesenangan dan kesempurnaan hidup tapi aku masih gagal mengejar kesempurnaan akhirat. ALLAH begitu kasihkan umatNYA tapi adakala aku lupa bersyukur kerana sibuk mengejar duniawi. Daif dan hinanya aku.... 

Tiba2 aku teringatkan kak ani.... petang tadi, semasa kelas.... ustazah Sabrina memberitahuku, kak ani masih tidak dpt datang ke kelas kerana mahu menyiapkan jerat burung wak-waknya. Pasti jari-jemari kak ani sakit memintal tali tangsi hanya semata-mata kerana RM2 untuk sepasang  jerat. Pasti lenguh pinggang kak ani duduk memintal dan mengikat jerat....... dan pasti.... mata kak ani berpinar menyiapkan jerat burung wak2nya dari pagi hingga petang. Itulah pengorbanan kak ani... mengumpul wang secukupnya utk membaiki kereta suaminya yg tersadai rosak d bengkel.

Tanpa kereta itu, kak ani tidak mampu kemana-mana... kak ani tidak mampu ke pasar. Kak ani tidak mampu ke Teluk Intan... Kak ani tidak mampu ke kelas. Kak ani tinggal jauh di ceruk kampung tersusun. Pasti kak ani merindui kami... Pasti kak ani bersedih. Kami merindui kak ani... kami sedih kerana kak ani tidak dapat datang ke kelas. Kak ani.... esok saya dan umi akan dtg ziarah kak ani.

Ahad, 27 Januari 2013

GIGIHNYA SEORANG SAUDARA BARU....

Mei 2011, aku berkenalan dgn kak Rohaniee Abdullah. Seorang saudara baru yang berasal dari Thailand. Loghat Thailandnya sangat pekat sehinggakan rakan2 yg lain kurang faham bila Kak Ani bercakap. Alhamdulilah.... aku faham biarpun loghatnya pekat dan menyebabkan Kak Ani sering berbual dgnku.

Mei 2012, kelas pengajian fardu ain dan al-Quran utk saudara baru terpaksa dihentikan memandangkan ustaz terpaksa balik ke Sabah atas urusan mendesak. Maka aku tidak lagi bertemu dgn Kak Ani biarpun kelas dibuka semula dgn kehadiran Ustazah Sabrina. Namun, Oktober 2012 Kak Ani hadir semula. Kak Ani sedikit uzur kerana usianya lewat 50an dan juga pengidap kencing manis. Namun Kak Ani rajin ke kelas.
Kak Ani yg bertudung hijau

Kak Ani tidak boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.... maka sukar baginya menghafal surah2. Namun beliau begitu gigih. Ustazah Sabrina menugaskan aku utk membantunya. Memandangkan kekurangan Kak Ani tadi, dia menghafal surah2 dgn menulis bunyinya dlm tulisan Thailand. Aku menyebutnya dan dia menyalin dlm tulisan Thailand.... Alhamdulilah, berkat kegigihannya, kini Kak Ani mampu menghafal beberapa surah termasuklah al-Fatihah biarpun ada juga beberapa sebutan yg kurang baik disebabkan loghatnya.

Semoga Allah permudahkan segalanya bagi beliau...

Sabtu, 26 Januari 2013

PURE MARINE COLLAGEN DAN MAK

Pada tahun 2010, kami sekeluarga dikejutkan dgn berita mak mengidap kanser rahim tahap 4b. Sebagai anak tunggal mak... berita ini satu tamparan hebat buatku setelah nenek dan atuk juga meninggal disebabkan kanser (janji dgn ALLAH da tiba). Namun, sel kanser mak dpt dikawal sps pembedahan dan rawatan kimo. Alhamdulilah tp doktor berpesan agar sentiasa berwaspada kerana sel kanser mungkin akan merebak.
Selepas menghabiskannrawatan kimo pada bulan jun, 2011 mak kelihatan uzur. Pelbagai vitamin dan herba yang dibeli namun mak masih juga terasa lesu. Kemudian seorang rakan memperkenalkan satu produk, alhamdulilah mak nampak semakin sihat tapi harga produknya mahal sangat sehinggalah aku terbaca ttg PURE MARINE COLLAGEN. Harganya jauh lebihn murah dan dikatakan begitu membantu. Akupun mencubanya.... alhamdulilah, sakit lutut, sakit sendi, gastrik, mslh saraf, mslh kencing manis dan darah tinggi mak berkurangan. Kulit mak yg berjeragat sps rawatan kimo juga semakin pudar. Dan yg terbaru... bacaan CA 125 mak tinggal 2.5.

Kepada sesiapa yg berminat utk mendapatkan PMC silalah hubungi

FUZIANI ABDULLAH
0196744661


LIKE DISINI

Layout