Ketika menjelajah blog teman-teman, terjumpa satu artikel yang menarik berkenaan "head hunter" atau lebih dikenali sebagai "pengait" dalam kalangan masyarakat Sabah.Artikel saudara andnaddin ini membawa saya ke zaman kanak-kanak dahulu. Cerita berkaitan pengait ni merupakan cerita yang begitu popular di beberapa kawasan di Sabah pada ketika itu. Kehadiran pengait masa itu dikaitkan dengan pembinaan jambatan baru di Kg. Labuaya, Tuaran. Kepala manusia kononnya digunakan untuk menjamu semangat sungai agar jambatan tersebut akan kukuh dan tidak menelan nyawa di kemudian hari. Anak-anak sentiasa ditakutkan agar tidak keluar rumah berseorangan dan anak-anak hanya bermain di sekitar rumah sahaja.
Parang atau juga dikenali sebagai "selasing" kononnya digunakan untuk memenggal kepala-kepala mangsa dan rambut mangsa akan diambil dan diikat pada hulu parang tersebut. Parang ini juga telah dikebumikan bersama tengkorak-tengkorak tersebut kerana menurut abang kepada nenek yang mewarisi rumah pusaka nenek moyang mereka, setelah memeluk agama Kristian, dia sering mendengar bunyi orang bertengkar dari arah loteng dan adakala dia juga diganggu dengan kalibat hitam yang muncul dan hilang sekelip mata. Beliau tidak tahan dengan gangguan sedemikian menyebabkan akhirnya dia mengebumikan tengkorak-tengkorak dan juga parang tersebut sebagaimana yang dinasihatkan oleh orang tertua di kampung mereka.Kesimpulannya.... individu seumpama ini mungkin pernah wujud kerana ada masyarakat yang masih berpegang pada amalan animisme. Golongan ini percaya bahawa sungai, pokok, bukit, batu dan sebagainya mempunyai semangat dan untuk mencapai keharmonian dalam hidup maka berlakulah pemujaan dan sebagainya yang pastinya akan memakan korban. Apabila masyarakat meninggalkan amalan animisme setelah kedatangan agama Kristian dan agama Islam maka kepercayaan ini semakin pupus, begitu juga dengan individu yang dikatakan sebagai head hunter.
p/s : gambar ehsan web google
