SIAPALAH AKU TANPA MEREKA..

SUDI-SUDILAH KLIK DAN TINGGALKAN LINK KAT SINI..

Sabtu, 2 Februari 2013

COMOT.... MULIANYA HATIMU.


Maaf kerana gambar tidak ditapis...... 
Itulah aksi salah seekor kucing di rumah ni. Kami sekeluarga memanggilnya 'Oren' kerana matanya sedikit keorenan. Bila pendingin hawa dipasang maka  Oren akan naik ke katil untuk tidur dan selalunya... begitulah aksi tidurnya.

Ibu kepada oren kami panggil Comot. Seekor ibu kucing yang mithali. Beberapa bulan yang lalu, kami mengutip seekor anak kucing dari pasar dan kami namakannya 'pungut'. Tanpa rasa janggal, Comot menyusukan Pungut seperti anaknya sendiri.

Bulan lepas, salah seekor ibu kucing kami yang dipanggil 'Grey' beranak. Banyaknya anak Grey.... 5 ekor. Dua minggu lepas, Comot juga beranak, 2 ekor anaknya. Entah apa yang dirajukkan oleh Grey sehingga melarikan diri bersama 2 ekor anaknya dan meninggalkan yang 3 ekor. Bertuah punya Grey!!!! Melalaklah anaknya kelaparan. 

Kasihan melihat anak-anak Grey maka kami memindahkan anak-anak Grey ke tempat Comot. Sungguh tidak disangka.... Comot menyusukan anak-anak Grey!!! Hati tersentuh dengan kebaikan Comot. Comot semakin kurus dan tidak berdaya.... Alhamdulilah, bila ibu selalu melebihkan Comot.... dia semakin sihat. Semoga Comot akan terus sihat dan membesarkan anak-anaknya.




Draft yg x sempat dipublishkan tahun 2012... sekarang ni si pungut da besar n nakal.

4 ulasan:

ctpayong berkata...

itu sebahagian daripada terapi untuk kesihatan dia.

kita saling memerlukan kan meowwww!!

Unknown berkata...

tetiba tringt plak kucing fiq kt rumah yg suka mengiau smbil gesel2 kaki bila nk mkn... huhu :)

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Ctpayong.... mak akk pengidap kanser dan sejak itu, mak akk sering bermain dgn kucing2nya yang seketika pernah sampai 12 ekor!al maklumlah... akk dan suami berkerja, anak2 pula bersekolah... jadi kucing2 itulah teman setianya.

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Cikgu Fikri.... sikap manja kucing itulah yang adakala menghiburkan.

LIKE DISINI

Layout