Sabtu, 28 April 2012

HINAVA @ HINATA...


Sudah 8 tahun arwah Ama (atuk) meninggalkan kami. Sering kali kerinduan datang bertandang dan ketika itu.... pasti air mata ini jatuh lagi. Semasa kecil dahulu, aku suka makan hinata @ hinava arwah Ama. Bila aku meningkat dewasa, Ama mengajar aku bagaimana membuat hinata. Alhamdulilah, sehingga kini aku masih menggemari masakan ini biarpun sudah 19 tahun aku menetap di semenanjung. 

Hinata @ hinava merupakan masakan tradisional masyarakat Dusun Kadazan, Sabah. Hinata @ hinava ini dibuat daripada isi ikan tenggiri atau ikan pari. Tapi aku selalunya menggunakan ikan tenggiri kerana isinya yang lembut. Makanan kegemaranku dan tersimpan kenangan bersama masakan ini....



9 ulasan:

  1. Assalamualaikum Yong Fuzjee,

    Pe kabor kite? Sihat ke? Semoga semua kat romah dan Yob Samad dlm keadaan baik.
    Ater mana resepinya? Ni lauk ke salad? Macam salad ropenyer!

    BalasPadam
  2. mmm... isi ikan ek... suka2! nak gak rasa.. sedap ke kak Fuzjee??

    Akak sihat? jenguk le blog saya kak..
    hehehee... ade berita baik nak kongsi dgn kak Fuzjee...heheheh...

    BalasPadam
  3. MOH KEMBARA : Resepinya mudah je

    Bahan2
    Isi ikan tenggiri ( hiris halus2 )
    Lemon / Cuka
    Bunga kantan
    Cili padi
    Bawang merah
    Ulam raja
    Garam

    Cara membuatnya:
    1. Perapkan isi ikan dengan perahan lemon @ cuka selama 10 minit
    2. Hiris Bunga kantan, Bawang merah, ulam raja dan cili padi halus2
    3. Gaulkan hirirsan tersebut bersama isi ikan dan letaklah garam secukup rasa.
    Setelah 1/2 jam... bolehlah dimakan. Kalau nak sedap lagi, tambahkan mayonis.

    BalasPadam
  4. eMMe : Akak dah jenguk blog adik n mmg berita itu sangat mengembirakan. Tahniah! Jaga kesihatan tau.... Terima kasih kerana selalu jenguk akak.

    BalasPadam
  5. baru hari ini dengar masakan bernama hinava. I-Allah buleh cuba kut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hinava makanan tradisi masyarakat Dusun Kadazan Sabah... Lebih kurang macam kerabu klu kat semenanjung ni....

      Padam